Sekolah Kebangsaan Mata Parang

Sekolah Kebangsaan Mata Parang atau nama ringkasnya SK Mata Parang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa.

Sekolah Kebangsaan Mata Parang
Lokasi
D/A Ppd Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082478101
Kod sekolahYBA8104
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mata Parang memiliki 196 pelajar lelaki dan 179 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 375 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pembinaan sunting

Sekolah Rendah Kerajaan Mata Parang yang dibiayai oleh Bank Dunia bermula pada awal tahun 1976. Sekolah baru itu mula menerima pelajar-pelajar dari dua buah kampong pada sesi Penggal Kedua bermula pada 4 Jun 1977. Perasmian sekolah ini pada 9 September 1978 telah disempurnakan oleh bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor pada ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri perumahan Sarawak. Asrama telah dibina pada tahun 1984 untuk kemudahan pelajar. Kemudahan air dan elektrik hanya dapat dinikmati pada tahun 1993. Pada awalnya dianggarkan seramai 50 orang pelajar menuntut di sekolah tersebut dan peningkatan kemasukkan bilangan pelajar dicatatkan dari semasa ke semasa.

Pembinaan bangunan baru "Design & Build" di tapak yang sama mulai Julai Tahun 2001 dan siap pada hujung 2002 yang menelan belanja RM25.2 juta. Luas kawasan sekolah seperti asalnya ialah 5.23 ekar. Pada 16 Mac 2003 adalah hari bersejarah bagi warga sekolah iaitu hari pertama bersekolah di bangunan baru. Seramai lebih kurang 170 orang murid telah menuntut di Sekolah Kebangsaan Mata Parang pada waktu itu.

Sekolah ini dilengkapi dengan 18 buah kelas, 3 tingkat bangunan pentadbiran, perpustakaan, makmal sains, bilik seni visual, bilik kemahiran hidup, bilik tayangan, bilik muzik, bilik komputer, kedai koperasi, bilik rawatan pergigian, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan padang bola sepak, dewan makan, bilik rekreasi, 4 tingkat bangunan asrama, 4 tingkat kuarters guru, bangunan Prasekolah dan juga surau. Sehingga kini SK Mata Parang telah mencatatkan bilangan pelajar seramai 333 orang pada tahun 2013.

Misi Sekolah : "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"”

Visi Sekolah: "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Motto Sekolah: "TAAT, TEKUN, TABAH"

Slogan: "We're Different"

Lagu Sekolah sunting

Megah gagah sekolahku, Indah pandangan berseri, Taat, tekun, tabah diri, Itu motto sekolah kami. Ilmu akan kami gali, Itu anji pada diri, Agar menjadi insan berguna, Untuk kini dan selamanya Bidang sukan dan pelajaran, Mampu seiring dan berjaya, Mengukir nama dan sejarahnya, Hingga terkenal dimerata Guru rakan dan ibu bapa, Sama-sama berganding tenaga, Di tempat mulia kami berusaha, Demi mencapai cita Kami kan tempuh dugaan, Kami kan sahut cabaran, Dengan ikrar rukun Negara, SK Mata Parang berjaya Dengan ikrar rukun Negara, SK Mata Parang berjaya!!!           

  • Lagu dan Lirik : Pn Hidayah Bt Meliki

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Mata Parang
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan, Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082-374025
Fax = 6082-374026
Email = semapa03@yahoo.com

Pautan luar sunting