Sekolah Kebangsaan Merbau, Miri


Sekolah Kebangsaan Merbau atau nama ringkasnya SK Merbau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Miri.

Sekolah Kebangsaan Merbau
Alamat
Bandar Baru Permyjaya, 98107 Tudan, Miri, Sarawak
 Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Miri, 98000, Miri, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSatu Tekad, Satu Misi, Satu Wawasan
Ditubuhkan01.01.2002
Autoriti pendidikanMiri
Sesipagi dan petang
Nombor sekolah6085652845
Kod sekolahYBA4113
Pengerusi PIBGEncik Dahlan Bin Suliman
Guru besarEncik Zahirul Jazmi Sayom Abdullah
SloganMERBAU INVICTUS, STRIVE FOR EXCELLENCE
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Dayangku Norraya Binti Awangku Suhaili
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Zita Wong Wei Wei
Penolong Kanan KokurikulumEncik Noorhaidir Bin Sahim
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPuan Mayjorie Marves Anak William
Faks6085652845

Pada Mei 2022, enrolmen murid Sekolah Kebangsaan Merbau terdiri daripada 787 orang pelajar lelaki dan 681 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1468 orang. Manakala jumlah guru pula adalah seramai 71 orang dan AKP seramai 10 orang.

Sejarah sunting

Sekolah ini telah mula beroperasi pada bulan Mac tahun 2003. Mempunyai 24 buah bilik darjah dan pelbagai bilik khas untuk sebuah sekolah moden.Mulai dengan Tahun 1 hingga Tahun 5, sebanyak 18 buah kelas. Dikendalikan oleh seramai 45 orang guru dengan 2 orang kakitangan.

Pada tahun 2005, sekolah ini lebih orang dengan 32 buah kelas.Pertambahan ini di sebabkan oleh pertambahan penduduk di perumahan baru.

Guru besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Cikgu Wan Kasim Bin Tuanku Taibu (2003-2017 - Bersara Wajib). Teraju kepimpinan seterusnya digalas oleh Cikgu Sabtu Bin Matali (2017-2019 - Bersara Wajib). Kemudian Cikgu Jemali Bin Len mengalas tanggungjawab sebagai guru besar ketiga (2020-17 Januari 2023 - berpindah sekolah) Pada 16 Jun 2023 Cikgu Zahirul Jazmi Sayom Abdullah telah dilantik sebagai guru besar yang keempat SK Merbau sehinggalah ke hari ini.

Pencapaian sunting

SK Merbau Miri amat terkenal dengan permainan bola sepak dan acara olahraga. SK Merbau pernah menjuarai pertandingan bola sepak bawah 11 tahun sebanyak 3 tahun berturut-turut bermula pada tahun 2014-2016. SK Merbau juga telah menjadi Juara kejohanan balapan dan padang untuk 5 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2015 hingga 2019. SK Merbau melakar sejarahnya yang tersendiri apabila buat julung-julung kalinya menjadi juara berganda dalam kejohanan balapan dan padang bagi tahun 2017 apabila muncul Juara dalam acara lintas hormat dan Johan keseluruhan acara padang dan balapan. Selain daripada itu, pasukan bola baling lelaki SK Merbau juga berjaya merangkul kejayaan dua tahun berturut-turut bermula dari tahun 2016 dan 2017. Selain daripada acara bola sepak, SK Merbau juga aktif dalam menyertai unit beruniform seperti pengakap dan BSMM. Pengakap SK Merbau pernah menyertai perkhemahan-perkhemahan di peringkat Daerah seterusnya ke peringkat Negeri dan peringkat Kebangsaan. SK Merbau pernah dinobatkan Sebagai Johan Kategori Badan Beruniform Pengakap anugerah pembangunan kemanusiaan peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2014. Ramai atlet dan pemain berbakat dari SK Merbau Miri telah melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah sukan di seluruh negara seperti Sekolah Sukan Kuching, Sekolah Sukan Pahang, Sekolah Sukan Sabah dan SMK Chung Hua Miri yang terkenal dengan acara balapan dan padangnya.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Merbau
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085652845
Faks = 6085652845

Rujukan sunting


Pautan luar sunting