Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah

Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah atau nama ringkasnya SK Nanga Ngemah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit.

Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit, 96700, Kanowit,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB3324
FaksTIADA


Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah memiliki 8 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 17 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru termasuk guru Pra-sekolah.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah telah ditubuhkan pada tahun 1967.  Tertubuhnya sekolah ini atas lulusan Local Authority memberi peluang kepada para penduduk tempatan untuk menikmati pendidikan yang sempurna. Sebelum ini, murid-murid sekitar kawasan Nanga Ngemah dihantar samada ke Sekolah Kebangsaan Nanga Beguang yang terletak di sebelah hulu Nanga Ngemah atau ke Sekolah Kebangsaan Nanga Dap yang terletak agak jauh lagi di sebelah hilir Nanga Ngemah.

Pada peringkat permulaannya, Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah mempunyai dua bilik kelas yang dikemudikan oleh tiga orang guru sahaja. Pada tahun 1997 pula sekolah ini telah mempunyai empat bilik darjah dan tujuh orang guru tetapi pada masa ini iaitu pada tahun 2014, sekolah ini telah mempunyai tujuh bilik kelas, satu blok asrama, satu blok dewan makan termasuk ruangan tempat memasak dan stor makanan, dua blok rumah guru, sebuah bilik pusat akses, empat buah rumah guru yang agak usang dan sebuah kelas yang telah diubahsuai menjadi bilik guru. Pada tahun 2009, sebuah blok Prasekolah telah dibina dan tetap beroperasi sehingga kini walaupun bilangan muridnya semakin mengecil. Manakala blok bangunan asrama juga telah dibaikpulih pada tahun 2010 bagi menampung keselesaan penghuninya. Pada keseluruhannya tahap fizikal sekolah ini memuaskan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Nanga Ngemah
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit
96700, Kanowit
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting