Sekolah Kebangsaan Penangah


Sekolah Kebangsaan Penangah atau nama ringkasnya SK Penangah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 8 Telupid.

Sekolah Kebangsaan Penangah
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 8 Telupid, 89300, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Pelita Hidup
Nombor sekolah6087307006
Kod sekolahXBA2213
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Penangah memiliki 186 pelajar lelaki dan 188 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 374 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sebelum Merdeka

Ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Febuari 1956 dan dikenali sebagai ‘Government Primary School’ semasa kerajaan British masih lagi mentadbir negeri Sabah yang dikenali sebagai ‘British Common Well’ atau ‘Crown Colony’. ‘Government Primary School Penangah' muncul pada tahun 1956 atas permintaan semua penduduk Mukim Penangah yang terdiri daripada beberapa Kampung Penangah, Kampung Malikup, Kampung Diwara, Kampung Langga, Kampung Saguon, Kampung Tampasak, Kampung Lulumih, Kampung Lalampas dan Kampung Alitang. Pada tahun 1956, Penangah Government Primary School tidak memiliki bangunan. Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sebuah gudang padi yang dikenali sebagai ‘Green House’. Bilangan pelajar pada ketika ini adalah seramai 96 orang. Perkembangan dan pertumbuhan bilangan murid semakin pesat dan sekali lagi permohonan dikemukakan oleh ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Kg Penangah untuk mendapatkan bangunan sekolah kepada ‘Education Of British Common Well’. Permohonan  diluluskan dan pada 06 November 1961 maka terbinalah bangunan yang berkeluasan 160 kaki panjang dan 25 kali lebar yang dibina daripada kayu yang berkuali tinggi. Bangunan ini menempatkan sebuah stor, bilik guru besar dan sebuah bilik guru. Selain daripada bangunan sekolah, dua buah rumah guru juga telah dibina atas kerjasama masyarakatnya.

Selepas Merdeka

‘Education Of British Common Well’ telah diambil alih oleh ‘Jabatan Pendidikan Sabah’. Pada tahun 1982, 2 buah bangunan kayu telah dibina menempatkan bilik Pusat Sumber dan sebuah Bilik Muzik. Seterusnya pada tahun 1984, bangunan sekolah bertambah dengan menempatkan 4 bilik iaitu 3 bilik darjah dan sebuah bilik makmal. Bangunan Sekolah Kebangsaan Penangah kini mempunyai 8 blok bilik darjah, sebuah blok pentadbiran dan 7 buah rumah guru termasuk bangunan kembar rumah guru. Sekitar tahun 1985-1988, SK Penangah telah digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah kerana pada masa itu bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah sedang dalam proses pembinaan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam 2 sidang iaitu sidang pagi untuk sekolah rendah dan sidang petang untuk sekolah menangah. Kini bilangan murid telah bertambah daripada 96 orang kepada 385 orang. Manakala bilangan guru adalah seramai 28 orang, seorang pembantu tadbir gred N17, seorang Pembantu Pengurusan Murid N17, seorang pembantu Am Rendah Gred N1 dan 1 orang Pembantu Rendah Awam R1.

Sumber: http://skpenangah.blogspot.com/2011/04/sejarah-sekolah.html

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Penangah
Peti Surat 8 Telupid
89300, Telupid
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087307006
Fax = TIADA

Pautan luar sunting