Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga

Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga
LencanaSekolah Kebangsaan Pulau Kerengga.jpg

Lencana Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga

Alamat  Malaysia Kg. Pulau Kerengga , Marang , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 96182281
Faksimili 96182281
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah TBA4003
Pengetua PN.HJH FARIDAH BT MOHD
Penolong Kanan Akademik TUAN HAJI MOHD ZUBIR BIN ABU BAKAR
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar PN.RUSINA BT CHE HUSIN
Penolong Kanan Kokurikulum EN.SAHARUDIN BIN MOHAMAD
Tahun dirasmikan

Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Pulau Kerengga , Marang , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga memiliki 205 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 381 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

SejarahSunting

Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang, Terengganu mula didirikan pada tahun 1947. Tapak asal bangunan ini adalah tapak Masjid Kampung Pulau Kerengga sekarang. Bangunan pertama yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung terdiri daripada satu bangunan yang mempunyai dua bilik darjah. Bahan binaan sekolah ini adalah daripada kayu-kayu hutan yang terdapat di sekitar sungai kampung tersebut. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh Cikgu Abdul Rahman atau lebih mesra dengan pangilan Cikgu Mohamad atau "Mat Sirih". Beliau adalah Guru Besar yang pertama.

Berikut adalah kronologi sejarah Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Kerengga

Tahun 1947 Menerima murid sulung seramai 50 orang, yang datang dari Kampung Pulau Kerengga, Kampung Tengah dan Kampung Serating.

Tahun 1954 Dipindahkan ke tapak baru, di mana berhampiran padang bola kampung ini sekarang. Berpindah ke bangunan kayu beratap zink dan berbangku kayu panjang. Disebabkan sekolah lama tidak mampu menampung pertambahan murid. Dianggarkan murid ketika itu mencecah seratus orang. Tahun 1962 Sekali lagi berpindah ke tapak baru, di mana berhampiran sempadan antara Kampung Pulau Kerengga dan Kampung Gong Beris. Itulah tapak sekolah yang kekal sehingga ke hari ini. Pihak kerajaan telah memperuntukkan kawasan berkenaan sebagai kawasan atau tapak kekal sekolah. Satu bilik diperuntukkan sebagai bilik guru dan sebuah bilik lagi dijadikan kelas dengan dibahagikan kepada 3 ruang untuk menempatkan murid Darjah Satu hingga Darjah Enam. Anggaran murid 125 orang. Cikgu Kassim bin Ibrahim menjadi Guru Besar pertama sekolah baru ini.

Tahun 1965

Dua buah unit rumah guru telah didirikan.

Tahun 1967

Sebuah kantin telah dibina berhampiran dengan bangunan blok asal sekolah.

Tahun 1970

Kerajaan telah berusaha membina sebuah bangunan kekal dua tingkat.

Tahun 1972

Bangunan yang mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, sektor dan 3 bilik darjah itu mula digunakan. Bilangan murid pada masa itu telah meningkat kepada 257 orang.

Tahun 1984

Satu blok bangunan mengandungi tiga bilik darjah pula telah dibina. Salah satu daripada bilik tersebut telah digunakan sebagai perpustakaan.

Tahun 1986 & 1988

Blok bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah dibina bagi memenuhi pertambahan murid.

Tahun 1990

PIBG sekolah telah mengurus projek pembinaan surau sekolah. Surau ini kemudian telah dimanfaatkan bagi kegunaan solat berjemaah, solat hajat dan latihan fardhu Ain.

Tahun 1994

Sebuah Makmal Sains telah dibina iaitu tambahan terhadap bangunan asal sekolah.

Tahun 1999

Sebuah bangunan kantin baru yang luas dan selesa telah didirikan. Sementara itu, bangunan kantin lama telah digunakan sebagai bengkel terbuka untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga
Kg. Pulau Kerengga , Marang , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 96182281
Fax = 96182281

Pautan luarSunting