Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri
Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri atau nama ringkasnya SK Pulau Tiga Kiri, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Pulau Tiga Kiri, Perak.
Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri | |
---|---|
Lokasi | |
Kampong Pulau Tiga Kiri,, Kampong Gajah 36800, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU SULUH HIDUP |
Ditubuhkan | 1902 |
Nombor sekolah | 056313118 |
Kod sekolah | ABA8232 |
Guru besar | En. Hamil bin Don |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Hasni bin Yusof |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Fazilah bt. Ani |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Nor Aini bt. Milus |
Faks | 056313118 |
Sejarah sunting
Sekolah ini mula ditubuhkan atas nama Sekolah Melayu Paloh Pacat,Pulau Tiga Kiri, Perak. Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratap rumbia telah didirikan pada tahun 1902 atas daya usaha orang-orang kampung.Murid murid yang belajar di sini adalah terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan seramai 40 orang. Manakala tenaga pengajarnya hanya seramai dua orang sahaja.
Sekolah ini asalnya terletak berhampiran Sungai Perak.Ketika itu, sungai merupakan jalan perhubungan terpenting.Perhubungan hanya menggunakan sampan dan bot sahaja. Pekan terdekat ialah Kampung Gajah yang terletak kira-kira 8 km sahaja dari kawasan ini. Pada tahun 1910 sebuah bangunan sekolah yang baru telah dibina oleh kerajaan sebagai bangunan tambahan. Seterusnya pada tahun 1965, sebuah bangunan satu tingkat yang mempunyai dua bilik telah didirikan di kawasan lain yang luasnya 5 ekar 29 pol.Kawasan ini terletak berhampiran dengan jalan raya.Namun begitu bangunan sekolah yang lama masih digunakan kerana kekurangan bilik darjah.
Pada tahun 1969, sebuah lagi bangunan baru telah dibina di kawasan tersebut.Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, bilik Guru Besar, bilik guru, stor dan tandas.Sebuah bangunan lain didirikan untuk dijadikan kantin sekolah. Dalam tahun 1970 jumlah murid telah meningkat sehingga mencecah 300 orang.Namun ,jumlah murid kian menurun berikutan ramai ibubapa dan penjaga yang telah berpindah.