Sekolah Kebangsaan Puteri

Sekolah Kebangsaan Puteri atau nama ringkasnya SK Puteri, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Labu Lama.

Sekolah Kebangsaan Puteri
Lokasi
Jalan Labu Lama, 70200, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSekolahku Terbilang
Nombor sekolah6067624954
Kod sekolahNBB4038
Pengerusi PIBGEncik Hasanol Bolkiah
Guru besarPuan Hajah Siti Zaleha binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Norzie Edlyza binti Hamdan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Zailani binti Zakaria
Faks67642360
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Puteri memiliki 0 pelajar lelaki dan 1130 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1130 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009

Sejarah sunting

Convent of The Holy Infant Jesus diasaskan oleh Mother St. Camille pada 3 Oktober 1904. Sekolah ini terletak di Jalan Birch (Jalan Dato' Bandar Tunggal). Sekolah ini kemudian dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Convent. Pada Mulanya di sini seramai 36 anak-anak gadis telah di didik beberapa orang guru.

Pada awal tahun 1990-an, tanah yang menempatkan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent dilepaskan untuk pembangunan sebuah pusat perniagaan. Namun sehingga sekarang projek tersebut masih tidak dapat dilaksanakan. Sebagai ganti tapak Sekolah Kebangsaan Convent, kompleks bangunan sekolah dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Labu Lama. Untuk mengekalkan identiti sekolah perempuan, maka daripada SK Convent telah ditukarkan nama kepada SK Puteri.

Maka secara rasmi hak milik sekolah ini telah diserahkan pada 25 Mei 1993. Majlis pecah tanah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 8 Julai 1993. Sekolah Kebangsaan Puteri dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 4 April 1998.

Pencapaian sunting

SK Puteri telah meyertai pelbagai pertandingan di Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sembilanpada 30 Mei yang lalu.Antara pertandingan yang disertai ialah Choral Speaking,Poetry Recitel,Scrabble dan Public Speaking.Mereka telah memenangi johan dalam Choral Speaking dan Poetry Recitel.Public Speaking pula mereka telah memenangi naib johan.Acara yang mendapat johan akan meyertai Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2015 di Johor Bahru pada bulan Ogos.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Puteri
Jalan Labu Lama
70200, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067624954
Fax = 67642360

Pautan luar sunting