Sekolah Kebangsaan Raja Chulan

Sekolah Kebangsaan Raja Chulan atau nama ringkasnya SK Raja Chulan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Desa Cempaka.

Sekolah Kebangsaan Raja Chulan
Lokasi
 Malaysia Desa Cempaka, 31400, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055456599
Kod sekolahABA2055
Faks6055456599


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Raja Chulan memiliki 253 pelajar lelaki dan 226 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 479 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Raja Chulan mula beroperasi pada bulan Julai 2001 dengan mengambil pelajar yang terdiri daripada pelajar darjah 5 dan darjah 6 yang terdiri daripada pelajar yang menetap di Taman Cempaka.Pelajar-pelajar ini dipindahkan daripada Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Sekolah Kebangsaan Ho Seng Ong dan Sekolah Kebangsaan Tambun.Batch yang pertama menduduki peperiksaan UPSR di sekolah ini adalah pada tahun 2002.Tapak awal sekolah ini adalah sebuah Taman Rekreasi dan telah mula ditebusguna pada bulan Ogos, 1999. Keseluruhan keluasan kawasan ialah 7.5 ekar dan memiliki geran No. 89035. Majlis penyerahan kunci telah dilangsungkan pada 2hb. Mac, 2001.

Pada 1hb. Oktober 2000, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta telah melantik Encik Abdul Rahim b Haji Abdulah Azizi sebagai “Caretaker” untuk mengurus hal logistik dan membuat persiapan awal sebelum sekolah dibuka. Selama lapan bulan beliau bertugas seorang diri sehingga PPD Kinta menghantar Encik Arifuddin Kamaluddin sebagai Pembantu Tadbir serta dua orang staf pejabat. Pada 1 hb Jun 2001, Encik Mohd Azaudin Yeop Md Rose telah dilantik sebagai Guru Besar pertama sekolah ini. Sekolah beroperasi pada 15 Julai, 2001 dengan 16 orang guru perintis untuk memulakan sesi persekolahan penuh dengan nostalgia manis. Jumlah murid ketika itu seramai 468 orang pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan seperti Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Sekolah Kebangsaan Tambun, dan Sekolah Kebangsaan Ho Seng Ong. Guru Besar kedua Puan Jamaliah binti Zamri mengambilalih tugas sebagai guru besar setelah Encik Mohd Azauddin Yeop Md Rose ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta untuk menjawat jawatan sebagai Penyelia Kokurikulum Daerah Kinta. Sebagai kesinambungan tugas Puan Jamaliah bt Zamri yang memulakan tugas pada 29 Disember 2004 sehingga 1 Jun 2006.

Kemudian, teraju guru besar diambil alih oleh Puan Faeyzah Bt Abd Rahman sehinngga Jun 2011. Puan Faeyzah telah berjaya membawa SKRC merangkul anugerah percampaian cemerlang anugerah NKRA . Seterusnya Tn Hj Ishamuddin Bin Darus telah menggantikan Puan Faeyzah. Beliau menjadi guru besar selama 2 bulan sahaja setelah dipanggil memegang jawatan di PPD sebagai Penyelia Sukan. Seterusnya, Tn Hj Ismail Bin A. Mohamad dilantik menjadi guru besar sehingga Disember 2013 . Kemudiannya, Tn Hj. Syed Musa Bin Syed Hashim mengambil alih tampuk teraju kepimpinan dan menjadi guru besar sehingga Febuari 2017 sebelum berpindah ke JPN. Kemudiannya, En Ahmad Yusof Bin Tarmuji mula memimpin sekolah ini pada Mei 2017 sehingga Julai 2018 menggantikan Tn Hj. Syed Musa Bin Syed Hashim . Beliau merupakan guru besar yang pertama menamatkan perkhidmatan kerajaan iaitu bersara penuh di sekolah ini. Kepimpinan Sk Raja Chulan diambil alih oleh En Zulkipli Bin Husain yang mula bertugas di sekolah ini pada 20 Ogos 2018. Beliau beriltikzam untuk melonjakkan nama SKRC supaya terus ‘Excellent’. Kini, pada tahun 2022 Sekolah Kebangsaan Raja Chulan mempunyai bilangan murid seramai 441 orang murid, 44 guru, 8 kakitangan sokongan, 4 orang pekerja kontrak dan 2 orang pengawal keselamatan. Guru besar kini iaitu En Zulkipli Bin Husain dibantu oleh barisan penolong kanan iaitu Pn Nurfarahiyah Bt Abd Hamid (PK1), En Nurullazwan Bin Hassan (PK Hem), Mohd Sazli Bin Salehudin (PK KO) dan Pn. Zubaidah Bt Yaacob.guru besar nie kalau bagi ucapan lama sangat


Antara kejayaan yang dicapai ialah menjadi ‘benchmark’ Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) selama 3 tahun iairu 2002-2004. Ini menjadi perangsang kepada warga SKRC untuk bekerja dalam satu pasukan dan melestarikan cogan kata ‘Rise Above The Rest’ dan "Mengakar, merimbun, menggapai awam".terdapat seorang pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah iaitu telah mendapat tempat di kejohanan olahraga dia seorang murid yg rajin dan tekun..pelajar ini telah banyak mendapat penghargaan di sekolah itu.guru besar skrc amat mengagumi dia dan semua guru dan staff berharap dia terus berjaya

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Raja Chulan
Desa Cempaka
31400, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055456599
Fax = 6055456599

Pautan luar sunting