Sekolah Kebangsaan Semerah Padi

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi atau nama ringkasnya SK Semerah Padi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pej Pel Gab Kuching,Jalan Diplomatik,Off Jln.

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi
Lokasi
D/A Pej Pel Gab Kuching,Jalan Diplomatik,Off Jln, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082440654
Kod sekolahYBA1350
Faks6082440654


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Semerah Padi memiliki 566 pelajar lelaki dan 572 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1138 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di penghujung sebuah kampung ( Kampung Semerah Padi ) Di Jalan Depo, kira-kira 8 km dari Bandaraya Kuching & mempunyai tapak berjumlah 20.016 ekar ( 8.1 hektar )

Sekolah yang bernama asal SK Semariang baru mula beroperasi pada 17 Januari 2000 dengan jumlah murid seramai 676 orang bersama 21 orang guru dan 2 orang kakitangan bukan guru.

Pada Semester I, 12 buah kelas dibuka ( dua kelas tiap-tiap satu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 ) di mana murid-murid Tahun 1 terdiri daripada anak-anak penduduk kampung dan taman perumahan yang berhampiran dan murid-murid Tahun 2 hingga 6 pula merupakan mereka yang dipindahkan secara pukal dari SK Semariang, SK Encik Buyong, SK RPR Jalan Astana dan SK Gita; manakala kumpulan kecil datangnya dari SK Cemerlang, SK Rakyat Tupong, SK Gersik, SK Pulo, SK Merpati Jepang, SK Rakyat Bolhassan, SK St Thomas, Lodge School dan sekolah-sekolah lain di sekitar bandar Kuching dan Samarahan. Pada masa yang sama 607 orang pelajar bersama 29 orang guru dan 5 kakitangan bukan guru dari SMK Petra Jaya No.2 menumpang di SK Semariang Baru sehingga penghujung Mac 2000.

Pada bulan Jun 2000 ( Semester 2 ), kelas dibuka menjadi 18 buah dan 9 orang guru lagi ditemaptkan SK Semariang Baru.

Setelah beroperasi selama 1 tahun 8 bulan, SK Semariang Baru & SMK Petra Jaya No.2 dibuka dengan rasminya oleh YAB Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 12 September 2001 bersamaan 24 Jamadilakhir 1422 dan bermula dari tarikh tersebut, dua sekolah dalam satu kawasan ini mengguna nama yang sama iaitu SK Semerah Padi & SMK Semerah Padi.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Semerah Padi
D/A Pej Pel Gab Kuching,Jalan Diplomatik,Off Jln
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082440654
Fax = 6082440654

Pautan luar sunting