Sekolah Kebangsaan Senadin

Sekolah Kebangsaan Senadin (Jawi: سکوله کبڠسأن ساينادان )atau nama ringkasnya SK Senadin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Sekolah Kebangsaan Senadin
سکوله کبڠسأن ساينادان
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSK Senadin Go, Fight, Win.
Nombor sekolah6085660140
Kod sekolahYBA4115
Pengerusi PIBGTc. Mohamad Hamidi bin Yahya
PengetuaAhmad bin Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikNuing anak Jimbai
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSana binti Mus
Penolong Kanan KokurikulumJean anak Semion
Faks6085654140


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Senadin memiliki 707 pelajar lelaki dan 651 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1358 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pembinaan SK SENADIN ini adalah untuk mengatasi kesesakkan murid di SK Lutong dan di SK Tudan. Maka KPM telah memutuskan untuk membina sebuah sekolah iaitu SK SENADIN.

Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 2005 dengan 5 buah kelas Tahun 1 telah menumpang di SK Merbau pada sesi petang. Begitu juga dengan murid yang lain terpaksa menumpang di 3 buah sekolah iaitu di SK Tudan, SK Lutong dan SK Kuala Baram.

Pembinaan sekolah ini telah bermula pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada 24 Febuari 2005. Kontraktor utama ialah Pasewa Sdn Bhd dibawah pengawasan KIP Management Sdn Bhd (sebagai PMC).

Sekolah ini digunakan sepenuhnya pada 3 Mei 2005 dengan tenaga pengajar seramai 42 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan. Pada awal Januari 2005 erolmen murid ialah 447 orang. Jumlah ini telah meningkat kepada 685 orang pada bulan Mac 2005. Dan jumlah ini telah meningkat kepada 1285 pada 31 Mac 2006 serta mempunyai 4 orang kakitangan sokongan.

Seiring dengan pertambahan murid, jumlah guru yang berkhidmat pada tahun 2008 ini pula hampir 60 orang dan mempunyai 6 orang kakitangan sokongan. Sekolah ini menjalankan satu sesi iaitu pada sebelah pagi sahaja.

Lokasi sekolah ini juga amat strategik dimana ianya terletak berhampiran dengan jalan utama ke Kuala Baram dan sekolah ini terletak ditepi jalan masuk utama ke kawasan sekitar Senadin. SK SENADIN ini juga terletak bersebelahan dengan SMK Pujut, Miri.

Pada 2008, SK SENADIN mempunyai 4 blok utama disamping bangunan kantin, dewan serbaguna, padang sekolah, gelanggang serbaguna, surau, serta kawasan yang luas.2008

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Senadin
D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Miri
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085660140
Fax = 6085654140

Pautan luar sunting