Sekolah Kebangsaan Seri Fajar

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar atau nama ringkasnya SK Seri Fajar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar
Lokasi
Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCERIA CERDAS CEMERLANG
Ditubuhkan2003
Nombor sekolah0360422318
Kod sekolahBBA5027
Pengerusi PIBGEn. Imam Muhammad Abu Hassan Al-Ashaari
Guru besarEn. Zulkifli Bin Zainudin
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj Rasidi Bin Shaarani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn, Khairil Azam
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rofizah Binti Salam
Faks0360422318

SK Seri Fajar terletak di tengah-tengah Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Jauhnya hampir 1.5 km dari jalan besar. Berhampiran dengan masjid, Klinik Desa, TADIKA Kemas dan Balai JKKR. Ia berada di bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor.

Jauhnya dari pusat pentadbiran Kuala Kubu Bharu ialah 82 km. Pekan terdekat adalah Bestari Jaya (Batang Berjuntai) yang terletak sejauh 29 km, dari Tanjung Malim sejauh 50 km dan dari Sungai Besar sejauh 80 km. Akses terdekat adalah melalui Lebuhraya Utara Selatan menerusi Tol Bukit Tagar yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan ke SK Seri Fajar.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar dibuka pada Januari tahun 2003 di atas tanah seluas 10 ekar dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi Selatan. Pada asalnya pelajar dan guru sekolah ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi. Bilangan pelajar untuk sesi pertama ini ialah seramai 140 orang untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dan 12 orang guru termasuk seorang Guru Besar. Pelajar Tahun 6 pula pada masa itu masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi di mana mereka ditempatkan di Asrama Desa.

Pada tahun kedua, bilangan pelajar meningkat kepada 164 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Tahun 2004 SK Seri Fajar telah melahirkan anak sulungnya yang pertama apabila kohort pertama pelajar tahun 6 menamatkan persekolahan sekolah rendah mereka di sini. Pada tahun 2008 kelas Pra pertama pula dibuka, dan seramai 25 orang murid telah mendaftar.

Oleh kerana terdapat masalah urusan surat menyurat (surat sampai ke SK Sungai Tengi), pihak pentadbir sekolah telah memohon ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menukar nama kepada SK Seri Fajar bersempena nama kampung yang terdapat di Felda Sungai Tengi Selatan iaitu Kampung Fajar.

Kemudahan sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar adalah sebuah sekolah baru dibina mengikut struktur bangunan terkini. Ia mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat (blok A – Pentadbiran, Blok B - Bilik-bilik Khas, Blok C –Kelas), sebuah kantin, tempat letak basikal, pos pengawal keselamatan, blok pencawang elektrik, rumah pam dan sebuah padang bola. Terdapat 12 bilik darjah, 1 kelas pemulihan, 2 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, surau, pejabat pentadbiran, bilik muzik, kedai sekolah, bilik rawatan perubatan, bilik guru, perpustakaan, bilik tayangan, dewan serbaguna, kemudahan bilik mandi, tandas, setor barang/sukan/buku, dan ruang lobi. Sekolah juga mempunyai Wi-Fi percuma untuk persekitaran sekolah.

SK Seri Fajar juga mempunyai kawasan tanaman kelapa sawit yang diuruskan oleh pihak PIBG bagi tujuan menjana sumber kewangan pihak sekolah. Selain itu terdapat tanaman orkid sepanjang laluan dari pintu masuk sehinggalah ke pos pengawal, sehingga keluar bahagian belakang, taman ditanam dengan pelbagai orkid. Selain itu terdapat juga tanaman buahan-buahan di sekitar sekolah. Buah-buahan seperti pokok naga, mata kucing, kedondong, kelapa, jambu air, jambu madu, nona, manggis, rambutan, pulasan, bidara, betik ada ditanam di sekitar sekolah. SKSF juga mempunyai sebuah kolam ikan. Ikan yang dipelihara ialah ikan talapia merah (500 ekor). Selain itu, tanaman herba juga ada di sini.

Pencapaian sunting

Tahun 2009, SK Seri Fajar telah dicalonkan sebagai sekolah cemerlang untuk sekolah SKM. Bagaimanapun pihak sekolah telah memaklumkan bahawa SK Seri Fajar tidak dikategorikan sebagai sekolah SKM.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar
Felda Sungai Tengi Selatan
44010 Kuala Kubu Bharu
Selangor, Malaysia
Telefon = 0360422318
Fax = 0360422318

Pautan luar sunting