Sekolah Kebangsaan Seri Kelana

Sekolah Kebangsaan Seri Kelana (NBA4020) merupakan salah sebuah Sekolah Gred A Bandar yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Seremban.

Sekolah Kebangsaan Seri Kelana
Lokasi
 Malaysia Jalan Dato Siamang Gagap, 70100, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067639154
Kod sekolahNBA4020
Faks6067639154
Laman sesawang
Map


Motto sekolah ialah "PROUD TO BE KELANARIAN'


Senarai Pengurusan Sekolah:

Guru Besar: MOHD AZHAR BIN ABU ZARIN

PK Pentadbiran: JULIYA BINTI HAPIDO

PK HEM: ROSNISAM BIN DAHLAN

PK KOKURIKULUM : NORITA BINTI MIHAT

PK Petang: NOR AZLINA BINTI ISA

PKPK: WAN ZAWAWI BIN WAN ALI

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Kelana atau nama ringkasnya SK Seri Kelana (SKSK), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Dato Siamang Gagap. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 29 Jun 1952 dengan nama ' THE CENTRAL MALAY SCHOOL '. Bilangan murid ketika itu seramai 280 orang, 160 lelaki 120 perempuan dari darjah Empat hingga darjah Tujuh. Pada ketika itu sekolah ini hanya mempunyai 11 orang guru termasuk seorang Guru Besar dan seorang Guru Penolong Kanan.


Sekolah ini juga dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Channer Road. Pada tahun 1999, nama sekolah ini telah ditukar ke Sekolah Kebangsaan Seri Kelana. Nama sekolah diambil sempena daripada gelaran yang diberikan kepada Undang Luak Sungai Ujung iaitu DATO' KELANA. Dari Dato' Kelana Undang Luak Suangai Ujunglah nama SERI KELANA diabdikan sebagai nama sekolah ini. SKSK adalah salah satu dari 6 buah Sekolah Kebangsaan yang terbesar di Daerah Seremban N.Sembilan dan telah dinaikkan ketaraf Gred A pada 1987. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana memiliki 566 pelajar lelaki dan 476 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1042 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru. Mulai Tahun 2020, SK Seri Kelana telah melaksanakan dua sesi persekolahan disebabkan pertambahan murid yang mendadak dan ini bagi memastikan semua murid mendapat kemudahan persekolah yang lebih baik.


Menginjak ke usia 68 tahun kewujudan Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, sekolah ini telah diterajui oleh 21 orang guru besar iaitu bermula degan En. Mohd Nor Bin Abdul Hamid, En. Ahmad Bin Haji Ali, En. Udin Bin Haji Akin, En. Mansor bin Katas, En. Abbas Bin Ahmad, En. Ramathan bin Maarof, En. Abbas bin Ahmad, En. Jantan Bin Mahmud, En. Zainal bin Habib, En. Jalil bin Ibrahim, En.Ramly bin Othman, En. Mohd nor bin Sani, En. Zainal bin Ismail, Puan Noreha Binti Adam, Puan Norlida binti Ayob, Puan hajah Jamaliah Bt Hj. Daud, Puan Rokiah bt Hj. Mahat, Puan Fuziah Binti Abdul Malek, Puan Hajah Alina binti Othman, Puan Zainab binti Zainal dan kini yang masih menerajui sebagai Guru Besar SK Seri Kelana ialah En. Amir Fikri Bin Ithnin bermula pada 21 Mei 2018 untuk pertukaran setaranya kali kedua sebagai Guru Besar dari SK Kampong Batu, Rembau.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Kelana
Jalan Dato' Siamang Gagap
70100 Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: 067639154
Faks: 067624153

Pencapaian sunting

  • Johan - Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Sembilan 2014[perlu rujukan]
  • Johan - Pertandingan Nyanyian Duet Peringkat Negeri Sembilan 2014[perlu rujukan]
  • Johan - Pertandingan Tarian Kreasi Peringkat Daerah Seremban 1 2016[perlu rujukan]
  • Johan - Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Seremban 1 2016[perlu rujukan]
  • Johan - Pertandingan Tilawah Alquran Tahap 1 Peringkat Daerah 2013[perlu rujukan]
  • Johan - Pertandingan Tilawah Alquran Tahap 2 Peringkat Daerah 2013[perlu rujukan]
  • Johan - Pertandingan Membina Peta I-Think Kategori Sekolah Rendah Puteri Islam 2016 [perlu rujukan]
  • Johan - Bola Sepak 2017[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Yamaha Keyboard Peringkat Negeri Sembilan 2018 (TAHAP 2)
  • Naib Johan - Pertandingan Tarian Inang Peringkat Daerah Seremban 1 2013[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Tarian Kreasi Peringkat Negeri Sembilan 2016[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Menjahit Kategori Sekolah Rendah Puteri Islam 2016[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Tilawah Alquran Peringkat Daerah 2015[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Kompang Formasi 2014[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Nyanyian Lagu Tradisional Peringkat Daerah Seremban 1[perlu rujukan]
  • Naib Johan - Pertandingan Nyanyian Solo Kategori Lelaki Peringkat Daerah Seremban 1[perlu rujukan]
  • Tempat Ketiga - Pertandingan Tarian Inang Peringkat Daerah Seremban 1 2014[perlu rujukan]
  • Tempat Ketiga - Pertandingan Choral Speaking Daerah Seremban 1 2015[perlu rujukan]
  • Tempat Ketiga - Pertandingan Tarian Inang Peringkat Daerah Seremban 1 2015[perlu rujukan]
  • Tempat Ketiga - Perrtandingan Hafazan Kategori Sekolah Rendah Puteri Islam 2016[perlu rujukan]
  • Tempat Ketiga - Pertandingan Yamaha Keyboard Peringkat Negeri Sembilan 2018 (TAHAP 1)

Kurikulum sunting

Terdapat Enam buah kelas :
  1. TERATAI
  2. DAHLIA
  3. KEKWA
  4. ORKID
  5. MELUR
  6. ROS

Kokurikulum sunting

Badan Unit Beruniform

1.Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

2.Persatuan Pandu Puteri Malaysia

3.Pengakap

4.Tunas Kadet Remaja Sekolah

5. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)

Kelab & Persatuan sunting

  1. Kelab Agama Islam & Bahasa Arab
  2. Kelab Matematik & Sains
  3. Kelab Cyber
  4. Kelab Bahasa Melayu
  5. Kelab Bahasa Inggeris
  6. Kelab Jawi & Khat

Sukan & Permainan sunting

  1. Bola Sepak
  2. Bola Tampar
  3. Bola Jaring
  4. Bola baling
  5. Hoki
  6. Olahraga

Rumah Sukan sunting

  1. Hijau
  2. Biru
  3. Merah
  4. Kuning

Pautan luar sunting