Sekolah Kebangsaan Seri Molek

Sekolah Kebangsaan Seri Molek atau nama ringkasnya SK Seri Molek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Dato Mustafa Pt.Tariman,.

Sekolah Kebangsaan Seri Molek
Lokasi
 Malaysia Jln Dato Mustafa Pt.Tariman,, 83200, Senggarang,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0127199607
Kod sekolahJBA0057
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Molek memiliki 108 pelajar lelaki dan 106 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 214 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah kebangsaan seri molek telah dibina pada 23 februari 1952, diatas sebidang tanah seluas 3 ekar, 1 rod 13 pol, kepunyaan Encik Tan Ah Kok. Bangunan asala sekolah ini hanya seluas 20 kaki lebar dan 120 kaki panjang, yang beriangkan kayu dan beratapkan sagu rembia tanpa berdinding. Pembinaan atas konsep bergotong royong.

Pengasas bangunan sekolah ini terdiri daripada ketiga-tiga orang ketua kampung yang terdiri daripada Tuan Haji Selak bin Haji Abd Karim (Ketua kampung Parit Tariman), Tuan Haji Marhaban bin Kasto, Ketua kampung Parit Simpan dan Tuan Haji Omar bin Suro (Ketua kampung Parit Kaseh/ Sayang), Bermula tahun 1944 hingga tahun 1956. Hasil muafakat dan kesepakatan penduduk kampung Dato' Esa bin Alwi Nazir sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat dan Kluang, ketika itu telah menamakan dengan "SERI MOLEK".

Pada tahun 1955, RIDA (MARA) telah memperuntukkan sebanyak RM 5000.00 bagi menaik taraf dengan bertiangkan kayu, beratapkan zink dan berlantaikan simen. Pada tahun 1967 sekali lagi penambahbaikkan berlaku apabila pihak sekolah menerima peruntukan kementerian Pelajaran sebanyak RM 20 000, dengan pembinaan 4 bilik darjah berukuran standard Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bangunan sekolah telah ditambah dengan 8 bilik darjah, pejabat dan bilik guru, apabila pada tahun 1972 sekolah menerima peruntukan sebanyak 148 000.00 maka dengan itu sempurnalah sekolah ini dengan pendaftaran dibuat pada 12 oktober 1976. Perasmian telah dilakukan oleh YB Dato' Haji Othman bin Mohd Sad, Menteri Besar Johor ketika itu.

Sekolah ini telah bertukar nama asalnya Sekolah Melayu Seri Molek kepada Sekolah Umum Seri Molek pada tahun 1957 da akhirnya kepada Sekolah Kebangsaan Seri Molek dan kekal hingga sekarang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Molek
Jln Dato Mustafa Pt.Tariman,
83200, Senggarang
Johor, Malaysia
Telefon = 0127199607
Fax = TIADA

Pautan luar sunting