Sekolah Kebangsaan Simpang, Perak

Sekolah Kebangsaan Simpang atau nama ringkasnya SK Simpang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Taman Kota Jaya.

Sekolah Kebangsaan Simpang
Lokasi
 Malaysia Taman Kota Jaya, 34700, Simpang,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6058476373
Kod sekolahABA6007
Faks6058479901


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpang memiliki 708 pelajar lelaki dan 693 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1401 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Asal-Sekolah (1)

Bangunan asal terletak di jalan Kuala Kangsar dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Simpang. Bangunan ini dikira pada tahun 1890. Saiz sekolah ini ialah 20 kaki X 60 kaki. Bangunan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian diguna untuk bilik darjah manakala sebahagian lagi lagi dijadikan rumah guru. Jumlah murid ini ialah seramai 20 orang sahaja. Oleh sebab murid-murid bertambah menjadi 60 orang dalam tahun 1895 maka seluruh bangunan ini digunakan sepenuhnya untuk bilik darjah. Sebuah rumah guru berasingan telah dibina di belakang sekolah ini dan diberi No. JKR 3 ( KP :3057). Bangunan sekolah pula diberi No. JKR 2 (KP :3056).

Sekolah (II) Bangunan sementara dibangunkan kira-kira pada tahun 1937 dan mempunyai 3 bilik darjah sekolah ini terletak di Jalan Kampong Dew. Luas sekolah ini ialah 75 kaki X 30 kaki. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Simpang. Sekolah ini dirubuhkan pada tahun 1962.

Sekolah (III)

Mula digunakan pada 8 Julai 1962. sekolah ini mengandungi 5 bilik darjah dan berharga RM27,500.00. luas sekolah ini ialah 150 kaki X 30 kaki. Dalam tahun 1982, bangunan sekolah ini telah disambungkan sebanyak 2 bilik lagi yang berukuran 60 kaki X 30 kaki untuk bilik Pusat Sumber Sekolah. Bangunan sekolah ini sekolah ini telah dirobohkan pada 1994.

Sekolah (IV) Bangunan 2 Tingkat

oleh kerana jumlah murid kian bertambah setiap tahun apakah pada tahun 1980 sekolah baru dua tingkat telah dibina. Bangunan baru ini bertentangan dengan sekolah (III). Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Musa bin Hitam SPMJ, SSIJ Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Januari 1981. Bangunan sekolah ini mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik Guru Besar dan bilik air (tandas) serta Bangunan Kantin.

Selain itu, sebuah surau telah dibina pada tahun 1982. Kos pembinaannya kira-kira RM5000.00. surau sekolah ini telah memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid.

Sekolah (V) Bangunan Projek Gotong Royong

Bangunan ini dibina pada tahun 1989. Terdiri daripada 4 bilik darjah dan sebuah stor untuk buku SPBT.

Sekolah (VI) Bangunan 3 Tingkat

Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1994. Bangunan ini terdiri daripada daripada 10 buah bilik darjah, Pejabat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Fail dan Bilik Cetak.

Sekolah (VII) Bangunan 3 Tingkat

Bangunan tambahan ini telah disiapkan pada 17 Disember 2001. bangunan ini sebanyak 2 blok dan terdiri daripada beberapa bilik Darjah, bilik Guru, bilik Pemulihan, bilik Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Tandas Guru dan juga Tandas Murid. Bangunan ini juga terdapat ruang serba guna. bangunan yang baru ini melalui gunakan pada 21 Oktober 2002. Selain itu, sebuah surau telah dibina pada tahun 1982. Kos pembinaannya kira-kira RM5000.00. sekolah-sekolah ini telah memberikan kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Simpang
Taman Kota Jaya
34700, Simpang
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058476373
Fax = 6058479901

Pautan luar sunting