Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, Perak

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga atau nama ringkasnya SK Simpang Tiga, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Bagan Datoh.

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga
Lokasi
Jalan Bagan Datoh, 36100, Bagan Datoh,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1922
Nombor sekolah6056466130
Kod sekolahABA5049
Faks6056466130


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga memiliki 71 pelajar lelaki dan 51 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 122 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan simpang Tiga (SKST) didirikan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1922. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ibrahim Bin Jamal. Pada tahun 1946, bangunan sekolah dirobohkan. Murid-murid terpaksa menumpang disebuah rumah kosong di Ladang Rungkup, Batu 24 selama 2 tahun.

Gotong-royong telah dibuat untuk membina bangunan baru bersama Ketua Kampung Simpang Tiga iaitu Tuan Haji Jamal Bin Haji Seman. Bangunan ini berbatangkan nibung dan batang nipah.

Guru Besar kedua (1946-1956) ialah Tuan Haji Mohamad Bin Mohamad Amin. Bangunan bernilai RM7000 telah dibina oleh Jabatan Pelajaran untuk membesarkan sekolah ini. Atap nipah telah ditukar kepada atap zink dan lantai bersimen. Guru Besar ketiga (1959-1969) ialah Encik Suri Bin Haji Sulaiman.

Bangunan gotong royong bersama PIBG telah dibina untuk menampung murid yang ramai. Bangunan yang terlalu uzur menyebabkan murid-murid terpaksa menumpang buat kali kedua di Sekolah Agama Rakyat Sabihul Huda.

Tahun 1967, Kementerian Pelajaran telah meluluskan bangunan baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat, bilik darjah, bilik guru dan tandas. Atas daya usaha Guru Besar Encik Ibrahim Bin Asrul pada tahun 1991, pihak Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat dan siap digunakan pada 1992.

Pada tahun yang sama juga projek menambak padang dan membina gelanggang serbaguna diadakan. 2 unit rumah guru dan 2 unit lagi dibina pada tahun 1993. Pada tahun 1996, sekolah telah mendapat peruntukan untuk menaik taraf bangunan lama. Kelas Pendidikan Khas dibina pada tahun 1995. Bangunan ini mula digunakan pad tahun 1997.

Di bawah kepimpinan Encik Abdul Rahim Ayub, pada tahun 1999, sekolah telah mendapat sebuah van Rusa untuk kegunaan murid-murid Pendidikan Khas daripada MayBank.

Bermula November 2000, Puan Radin Siti Badariah Binti Radin Jawadi menjadi Guru Besar sehingga Ogos 2007. Di Bawah pengredan semula sekolah, sekolah dimasukkan di bawah kategori sekolah SKM gred A bermula 1.1.2008 dan mempunyai tiga orang Guru Penolong Kanan berjawatan hakiki. Mulai 16.8.2007, Puan Raihanah Binti Amam telah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga sehinggalah kini.


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga
Jalan Bagan Datoh
36100, Bagan Datoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056466130
Fax = 6056466130

Pautan luar sunting