Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia

Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia atau nama ringkasnya SK Sinar Bahagia, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor Darul Takzim.

Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia
Lokasi
FELDA Taib Andak, Kulai, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBelajar Untuk Kemajuan
Ditubuhkan1961
Nombor sekolah6076549712
Kod sekolahJBA8001
Pengerusi PIBGEn. Fahmi bin Munawir
Guru besarPuan Zaifirus Sinar Suriati binti Mahmud
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan. Hajjah Halizah binti Said
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Ayub binti Mohamed
Penolong Kanan KokurikulumEn.Muhamad bin Smail
Faks6076549712
Laman sesawang


Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia memiliki murid seramai 603 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru dan 6 orang kakitangan bukan guru.

Sejarah sunting

Nama asal Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia ialah Sekolah Kampung Bahagia sempena nama asal Felda Taib Andak iaitu Kampung Bahagia. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1961 atas desakan penduduk Kampung Bahagia dan disokong oleh pengurus dan Penghulu Kampung Melayu Kulai.

Bangunan sekolah pada ketika itu merupakan sebuah rumah panjang yang dibina bersebelahan rumah panjang peneroka asal yang merupakan tempat penginapan sementara mereka. Tapak bangunan ketika itu ialah di kawasan perniagaan Felda Taib Andak. Bilik darjah ketika itu hanya 3 buah dan jumlah murid ialah 30 orang sahaja. Ketika itu murid belajar sehingga Darjah 3. Guru Besar yang pertama ialah Haji Rahiman bin Mahadan dengan dibantu oleh 2 orang guru penolong.

Pertambahan penduduk menyebabkan sekolah tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin ramai, maka pihak Felda telah bersetuju menyediakan satu kawasan untuk didirikan bangunan baru. Pada pertengahan tahun 1962, sekolah baru telah digunakan dengan bilangan murid seramai 216 orang. Sekolah baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Hassan bin Haji Yunus, Menteri Besar Johor pada 31 Mac 1963. Pada masa yang sama, Sekolah Kampung Bahagia ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia.

Pada peringkat awal, hanya terdapat sebuah bangunan dengan 7 buah bilik darjah dan sebuah daripadanya dijadikan pejabat. Guru Besar ketika itu, Encik Idros bin Paiman dengan dibantu oleh 9 orang guru. Pertambahan murid menyebabkan pihak sekolah menambah lagi sebuah blok baru secara gotong-royong dengan penduduk kampung. Walau bagaimanapun jumlah bilik darjah masih tidak mencukupi, maka waktu persekolahan dijalankan secara dua sesi (pagi dan petang).

Pada Ogos 2009, dua blok bangunan 4 tingkat mula dibina dan telah siap sepenuhnya pada Mei 2011 yang mengandungi 14 buah kelas, sebuah surau dan dewan terbuka.

Pencapaian sunting

Senarai Guru Besar sunting

  1. Haji Rahiman bin Mahadan (5 Mei 1961 - 3 Januari 1964)
  2. Encik Idros bin Paiman (4 Januari 1964 - 1966)
  3. Tuan Syed Ab. Rahman bin Syed Idrus (1966 - 1977)
  4. Encik Abdul Rahman bin Ismail (1977 - 1978)
  5. Encik Muhammad Nor bin Budin (1979 - 1980)
  6. Encik Morsit bin Moyo (1 November 1980 - 31 Disember 1983)
  7. Encik A. Rahman bin Abdul Ghani (1 Januari 1984 - 31 Ogos 1986)
  8. Encik Abdullah bin Abdul Ghani (1 September 1986 - 31 Disember 1987)
  9. Encik Ahmad bin Ismail (1 Januari 1988 - 28 Februari 1992)
  10. Haji Musa bin Haji Haron (1 Mei 1992 - 31 Mac 1993)
  11. Haji Haron bin Banin (1 Oktober 1993 - 31 Mac 2000)
  12. Encik Sapuan bin Salam (1 April 2000 - 30 Jun 2003)
  13. Haji Mohd. Othman bin Talib (1 Ogos 2003 - 30 April 2011)
  14. Encik A. Rahim bin Abdul (1 Mei 2011 - 9 Ogos 2017)
  15. EN. Nor Azman bin Abdul Rahman (16.09.2017- 1 Januari 2019)
  16. Puan Hjh. Rafiah binti Johari (2 Januari 2019 - 14 Oktober 2020)
  17. Encik Ismail bin Hussein (20 Oktober 2020 - 31 Julai 2023)
  18. Puan Zaifirus Sinar Suriati binti Mahmud ( 1 Ogos 2023 - KINI)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia
Felda Taib Andak
81000, Kulai
Johor, Malaysia
Telefon/Faks = 6076549712


Pautan luar sunting