Sekolah Kebangsaan Sri Buntar

Sekolah Kebangsaan Sri Buntar atau nama ringkasnya SK Sri Buntar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Sri Buntar.

Sekolah Kebangsaan Sri Buntar
Lokasi
Kg. Sri Buntar, TRIANG, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah925056620
Kod sekolahCBAA150
Faks925056620


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Buntar memiliki 206 pelajar lelaki dan 158 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 364 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bangunan sekolah ini terdiri daripada dua blok tiga tingkat. Ianya terletak di kedudukan yang strategik dan dibangunkan dalam kawasan 10 ekar. Terdapat juga bangunan pelengkap iaitu sebuah kantin dan rumah pam (Pencegah Kebakaran) selain daripada kemudahan-kemudahan yang jarang didapati di sekolah lain.

Awalnya sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Triang 2. Atas permintaan penduduk setempat yang disokong oleh pertubuhan politik dan sokongan kuat PIBG, maka diluluskan pertukaran nama kepada Sekolah Kebangsaan Sri Buntar pada 19 April 1996.

Jaraknya kira-kira 4 km dari bandar kecil Triang. Sekolah ini mula beroperasi pada 16 April 1994 (Sabtu). Empat orang guru telah ditugaskan yang diketuai oleh seorang guru besar. Pertambahan guru berdasarkan pertambahan bilangan muridnya. Sekolah ini terdiri daripada dua bangsa iaitu bangsa Melayu dan India.

Pertukaran nama sekolah dirasakan perlu kerana terdapat nama sekolah-sekolah lain yang hampir serupa di dalam daerah ini seperti SK(LKTP) Triang 1, SRJK(C) Triang 1 & 2, SK Kuala Triang dan lain-lain. Sekolah ini sebuah sekolah yang paling hampir dengan bandar di daerah Bera dan wajarlah diberi nama yang paling menarik. Penambahan Sri ada pengertiannya sendiri.

Nama Sri Buntar diambil berdasarkan kedudukannya yang berhampiran dengan sebuah taman perumahan Sri Buntar. Pengasas sekolah yang pertama ialah Encik Rahmad bin Mohd Rais yang dilantik sebagai guru besar buat pertama kalinya pada tarikh 16 April 1994. Moto sekolah ialah "ILMU MUTIARA HIDUP". Moto ini menunjukkan betapa penting dan tingginya ilmu itu di dalam kehidupan agar semua warga Sri Buntar memartabatkan ilmu dan sentiasa berusaha untuk menuju kecemerlangan dalam hidup.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Buntar
Kg. Sri Buntar
Pahang, Malaysia
Telefon = 925056620
Fax = 925056620

Pautan luar sunting