Sekolah Kebangsaan Sri Siakap

Sekolah Kebangsaan Sri Siakap atau nama ringkasnya SK Sri Siakap, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Simpang Tiga, Kuala Kurau, Perak.

Sekolah Kebangsaan Sri Siakap
Lokasi
 Malaysia Simpang Tiga, 34350, Kuala Kurau.,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSri Siakap Mesti Bagus
Nombor sekolah6057277340
Kod sekolahABA3012
Guru besarSiti Natasha binti Mohamed
GPK Pentadbiran dan AkademikNajiha binti Haji Bakar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFarizal bin Abidin
Penolong Kanan KokurikulumAna Salwa binti Namli
Faks6057270106
Laman sesawang
Map

Sejarah Sekolah sunting

Ditubuhkan pada tahun 1888 dengan nama Sekolah Melayu Lelaki Sungai Siakap. Bangunannya hanya diperbuat daripada kayu , berdindingkan pelepah kelapa dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1904 Sekolah Melayu Perempuan Sungai Siakap ditubuhkan. Lima puluh dua tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1956 kedua-dua sekolah ini telah disatukan dan diberi nama Sekolah Umum Sungai Siakap.

Dalam tahun 1980 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan dirasmikan oleh oleh wakil YAB Menteri Besar Perak, Encik Khalid bin Nasir. Sekolah Umum Sungai Siakap juga telah berubah  nama kepada Sekolah Kebangsaan Sri Siakap.

Pada sambutan perayaan Jubli Emas sekolah ini , iaitu pada tahun 1988, dua buah bangunan tiga tingkat telah didirikan dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2023 sehingga kini Guru Besar SK Seri Siakap ialah Puan Siti Natasha binti Mohamed.

Visi Sekolah sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah Sekolah sunting

Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui pertumbuhan jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk mencapai falsafah tersebut maka prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:

1. Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,

2. Mentaati tatasusila profesion perguruan,

3. Memahami insan boleh dididik,

4. Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan

5. Segala usaha ditumpukan kepada murid.

Moto Sekolah sunting

"Sri Siakap Mesti Bagus"

Carta Organisasi sunting

 

Lagu Sekolah sunting

Kami Anak Bunga Bangsa

Warisan Kemegahan

Sedia Berjuang Membela Bangsa

Demi Pertiwi Tercinta

Sedia Hidup Berjasa

Itu Tujuan Kita

Seri Siakap Telah Terbina

Sekolah Di Simpang Tiga

Disini Tempatnya Bermula

Berjuang Berusaha

Belajar Sehingga Maju Jaya

Harapan Suci

Kami Semua Berjanji

Akan Berhemah Tinggi

Sedia Berkhidmat Sepenuh Hati

Untuk Agama Dan Negara

Suasana Sekolah sunting

Hubungi Kami sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Siakap

Simpang Tiga

34350, Kuala Kurau.

Negeri Perak, Malaysia

Telefon : +6057277340

Fax  : +6057270106

Email  : ABA3012@moe.edu.my

Pautan luar sunting

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/all-about-skss

Kemaskini sunting

Unit ICT SK Sri Siakap 2024

PIBG SKSS 2017