Sekolah Kebangsaan St. George 1

Sekolah Kebangsaan St. George 1 atau nama ringkasnya SK St George 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 2 Jalan Muzium Hulu.

Sekolah Kebangsaan St. George 1, Taiping
Lokasi
 Malaysia No 2 Jalan Muzium Hulu, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah05-8073539
Kod sekolahABB6064
Pengerusi PIBGEn. Ahmad Zuhairi b. Ahmed Zubair
Guru besarEn. Chin Kok Heng
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Kalpana Devi A/P Sithambaram
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Khairul Rizuan b. Yacob
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ahmad Jaman b. Bajar
Faks05-8053341


Sehingga bulan Mei 2022, Sekolah Kebangsaan St. George 1 memiliki 361 orang murid dan bilangan guru seramai 31 orang serta 3 orang staf sokongan.2022

Sejarah sunting

Sekolah Rendah St. George asal ini telah ditubuhkan dalam tahun 1954 dengan perbelanjaan sebanyak RM410,652.92 dan bangunan dua tingkat ini mempunyai 24 bilik darjah dan telah menempatkan 600 orang murid.

Pda tahun 1958, sekolah ini ada 3 aliran dengan bilangan murid seramai 929 orang, mempunyai 22 buah kelas dan 27 orang guru. Dua orang antara guru itu ialag guru mubaligh atau kristian Brothers.

Di bawah pimpinan En. H. E. Agustin (Guru Besar) maka sekolah ini telah meningkat maju dan bertambah besar dari masa ke semasa. Pada tahun 1961, bilangan murid di sekolah ini telah meningkat seramai 1,260 orang murid dengan 28 buah kelas dan 33 orang guru. Pada tahun 1964, bilangan murid terus meningkat kepada 1,312 orang.

Sebuah kelas khas untuk kanak-kanak pekak telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pada tahun 1967, Sekolah Rendah(Asal) yang terbesar ini telah dipecahkan kepada dua bahagian dan diberi nama S.R.J.K (Inggeris) St. George di bawah jagaan dua orang Guru Besar; En. Simon Choong Yin Chong bagi Sekolah Rendah (Satu) dan En. Ooi Eng Leong bagi Sekolah Rendah (Dua). Kedua-dua sekolah inu berkongsi satu bangunan yang sama bagi dua sesi - sesi pagi dan sesi petang.

Pada tahun 1968, sebuah kelas ditambah lagi dan jumlah bilangan murid menjadi 1008 orang dan 28 orang guru. Melalui usaha Guru Besar, sebuah klinik pergigian juga telah ditubuhkan pada tahun 1972. Pada tahun 1981 sehingga tahun 1985, kedudukan bilangan kelas ialah 19 buah kelas tetap dalam tiga aliran. Di samping itu, sekolah ini mempunyai dua kelas khas bagi murid-murid pekak dan mempunyai 18 buah kelas dengan 36 orang guru. Kelas bagi murid-murid pekak kemudian telah dibubarkan.

Mulai tahun 2008, Sekolah Kebangsaan St. George 2 telah ditutup dan diserap menjadi Sekolah Kebangsaan St. George 1 pada sesi pagi sahaja.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan St. George 1
No 2 Jalan Muzium Hulu
34000, Taiping
Negeri Perak, Malaysia
Telefon  : 05-8073539
Fax  : 05-8053341

Pautan luar sunting