Sekolah Kebangsaan St. Paul, Seremban

Sekolah Kebangsaan St. Paul (M) atau nama ringkasnya SK St Paul (M), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Ujong,.

Sekolah Kebangsaan St. Paul (M)
Lokasi
 Malaysia Jalan Sungai Ujong,, 70200, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoVIRTVTE ET LABORE
Ditubuhkan1899
Nombor sekolah6067637405
Kod sekolahNBB4036
Pengerusi PIBGDr Ganakumaran Subramaniam
Guru besarEncik Santhanasamy Amaladas
Faks6067677582
Map

Sejarah sunting

1899

Sekolah atap ini telah didirikan oleh Rev.Fr Catesson & telah dibuka dengan rasminya pada 18 Jun 1899 oleh Mendiang Sir Charles Mitchell dengan bantuan Residen British,Mendiang E.W Birch.

1907

Rev.Fr Catesson mereka bentuk bangunan tetap & disempurnakan oleh penggantinya Rev.Fr Nain.Bangunan itu dibuka dengan rasminya oleh Mendiang Pesuruhjaya Sir John Anderson pada 19 Ogos 1907.

1909

Pada bulan Mei 1909,Rev.Bro Isidore menjadi Brother Director Sekolah St Paul yang pertama & sekolah mula dikenali sebagai St Paul Institution.

1912

Bangunan baru yang dibina di sebelah Kelab Negeri Sembilan telah didirikan oleh Residen British,Tuan A.H Lemon pada 26 September 1912.

1921

Sebuah Dewan Sementara telah didirikan daripada papan & atap ketika zaman Rev.Bro Lewis Edward.

1933

Rev.Bro Brother Joseph membina sebuah dewan tetap,tandas-tandas moden,membina sebuah bungalow besar dari Towkay Siow Kon Chia & membina sebuah bangunan kedai di Jalan Tuan Sheikh untuk digunakan sebagai bilik-bilik darjah tambahan.

1941 ( REDZA WIN SCHOOL )

Peperangan Dunia Kedua telah diisytiharkan pada 18 Disember 1941.Bangunan sekolah telah diambil alih oleh Tentera Jepun.

1947

Rev.Bro Lawrence meneruskan kerja-kerja pemulihan sekolah & mata pelajaran sains dimulakan.

1954

Rev.Bro Casimir mendirikan Bangunan Sekolah Baru untuk murid-murid Bahagian Menengah & dibukan dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman pada 27 Jun 1959.

1958

Mulai penggal ketiga,En.Walter De Silva dilantik menjadi guru besar Sk St Paul.

1962

Lembaga berasingan bagi Sekolah Rendah & Sekolah Menengah ditubuhkan pada 1 Januari 1962.

1978

Berdasarkan pada usaha Rev.Bro James Macken,persetujuan telah dicapai antara pihak Christian Brothers & Syarikat Punca Emas supaya Syarikat Punca membina sebuah bangunan baru Sk St Paul sebagai tukar ganti.Christian Brothers,Malaysia bersetuju menyerahkan tanah kepunyaannya di Jalan Paul(Kini Jalan Yamtuan) kepada Syarikat itu.

1979

Kerja membina bangunan baru selesai & Sk St Paul berpindah ke Bangunan Baru di Jalan Labu,Seremban.

Guru Besar sunting

Senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK St Paul:

  • En.Walter De Silva -1958
  • En.Thong Ah Chong -1959
  • En.Chen Kwan Fook -1970
  • En.Maurice Chye -1979
  • En.Ong Siew Wee -1990
  • Pn.Ng Thai Thai -2000
  • Cik Jeyadhevi -2003
  • En.Chen Ah Keng -2007
  • Cik Maria Teoh Wai Ching -2010
  • Pn.Wong Mei Peng -2015
  • En.Santhanasamy -2015

Visi,Misi & Matlamat sunting

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Matlamat
  • Memastikan pencapaian kokurikulum sentiasa cemerlang.
  • Memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti kokurikulum & mencapai tahap kecemerlangan.
  • Memupuk sahsiah & nilai murni di jiwa seluruh murid.
  • Melaksanakan sistem pengurusan & pentadbiran yang telus & tulus.
  • Mewujud persekitaran yang kondusif.

Kelas sunting

Senarai nama kelas yang diambil daripada nama saintis yang terkemuka:

  • Galileo
  • Dalton
  • Newton
  • Einstein
  • austin

Anugerah sunting

  • Anugerah Kecemerlangan Sukan JPNS(2005)
  • Anugerah Akademik Cemerlang UPSR JPNS(2007)
  • Anugerah Akademik Terbilang JPNS(2009)
  • Anugerah Akademik Cemerlang UPSR JPNS(2010)
  • Anugerah Smart School Qualification Standard(2011)

Kokurikulum sunting

Persatuan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Reka Cipta
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Alam Sekitar
  • Kebudayaan
  • Pusat Sumber
  • Briged Bestari
  • Seni Visual
  • Agama Islam
  • Skim Pinjaman Buku Teks


Badan Beruniform
  • Karate
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah
  • Pengakap
  • Persatuan Bulan Sabit Merah
  • St John Ambulans


Sukan
  • Sepak Takraw
  • Bola Tampar
  • Bola Keranjang
  • Hoki
  • Olahraga
  • Badminton

Rumah Sukan sunting

Nama rumah sukan diambil daripada nama Brother Director SK St Paul:

  • Barnitus(Merah)
  • John(Biru)
  • Edward(Hijau)
  • Adrian(Kuning)

Lagu Sekolah sunting

SCHOOL RALLY

All through our college a voice is resounding,

Promptly respond to your duty sweet call,

Hearken you all for the trumpet is sounding,

Your mater's proclaiming her watchwords to all,

Forword her children dear, Ever with heart sincere,

Render with joy to your mater her due,

All that is vile reject, Heaven will e'er protect,

Sons of St.Paul's valiant and the true.

VICTORY MARCH

Cheer,Cheer for old St.Pauls,

Wake up the echoes cheering her name,

Send a volley of cheers on high,

Shake down the thunder from the sky,

What do the odds be great or small,

Old St.Paul's will win overall,

While her loyal sons are marching,

Onwards to victory St.Pauls.

Lencana Sekolah sunting

Lencana Sk St Paul Institution direka oleh Rev.Bro.Joseph McNally pada tahun 1956.

Bintang
  • Merupakan lambang kepercayaan di antara semua pelajar supaya mereka sanggup menghadapi segala cabaran dalam kehidupan.


Pedang
  • Merupakan kegigihan & keteguhan hati.Pedang yang dipegang menunjukkan disiplin & tenaga yang menjadi dasar pemikiran.


Buku
  • Menunjukkan ilmu yang diberikan oleh sekolah untuk menolong mencapai kecemerlangan.


9 Tangkai Padi
  • Memperingatkan sejarah Sk St Paul & kehormatan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


Virtvte Et Labore
  • Bermaksud keteguhan & keimanan.

Falsafah Pendidikan La Salle sunting

Sekolah bukan sahaja tempat menyebarkan ilmu pengetahuan dan idea yang bermanfaat dan menarik.Sebaliknya sekolah adalah agen perkembangan potensi insan.Masyarakat moden mempunyai keperluan yang pelbagai & luas.Pelajar-Pelajar sebagai bakal pemimpim dan warganegara yang berguna mampu memikul dan memenuhi kehendak-kehendak ini.Usaha ini akan melahirkan pendidikan yang menyeluruh dan perkhidmatan yang cemerlang & dedikasi.

Rujukan sunting

La Sallian Educational

Old Paulian Association