Sekolah Kebangsaan Sungai Betul

Sekolah Kebangsaan Sungai Betul atau nama ringkasnya SK Sungai Betul, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Sungai Betul.

Sekolah Kebangsaan Sungai Betul
Lokasi
Sungai Betul, 36100, Bagan Datoh,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6466297
Kod sekolahABA5013
Faks6466297


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Betul memiliki 27 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 52 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Betul telah dibuka pada bulan Januari tahun 1964 sebagai cawangan kepada SK Rungkup. Seorang guru merangkap Guru Kanan iaitu Encik Shahaluddin Mandak telah ditugaskan berkhidmat di sekolah ini. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 61 orang. Guru Besar pertama SK Sungai Betul adalah Abdul Shukor Mardi yang mula berkhidmat pada 2 Januari 1985.

Pada asalnya bangunan sekolah ini hanya mempunyai 1 blok sahaja yang merangkumi 4 bilik darjah,1 bilik serbaguna dan 2 stor yang sehingga kini masih lagi digunakan. Pada 9 Februari 1984 sekolah ini telah ditenggelami air yang ketika itu mempunyai murid seramai 127 orang iaitu jumlah murid yang teramai dalam rekod sekolah ini sejak ditubuhkan sehinggalah kini.

Perasmian Penubuhan PIBG kali pertama sekolah ini telah dilakukan oleh En. Abdul Wahab Harun,Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak pada 3 Julai 1986 dengan En. Yahya Abd Rahman A.M.N menjadi YDP PIBG pertama SK Sungai Betul.Perasmian Temasya Sukan Mini kali pertama sekolah ini telah dilakukan oleh Tn. Hj. Mohd Sabri Hj Ngah Habsah,Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak pada 30 Oktober 1986.

Pada awal tahun 2000, Jabatan Pelajaran Perak telah membina bangunan batu 2 tingkat dan 1 blok bangunan satu tingkat dan ini merupakan bangunan tambahan kepada bangunan yang sudah sedia ada. Projek ini merupakan projek mega di sekolah ini dan merupakan pembaharuan dalam menyediakan kelengkapan fizikal seperti pejabat, bilik guru, makmal sains, perpustakaan, bilik komputer, bilik muzik yang selesa dan bilik pemulihan yang berhawa dingin.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Betul
Sungai Betul
36100, Bagan Datoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 05- 6466297
Fax = 05- 6466204

Pautan luar sunting