Sekolah Kebangsaan Sungai Itek
Sekolah Kebangsaan Sungai Itek atau nama ringkasnya SK Sungai Itek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Dusun Seribu.
Sekolah Kebangsaan Sungai Itek | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Dusun Seribu, 31600, Gopeng,, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6053593043 |
Kod sekolah | ABA2029 |
Faks | 6053593043 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Itek memiliki 89 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 179 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009
Sejarah
suntingSekolah Kebangsaan Sungai Itek terletak di Jalan Dusun Seribu, Gopeng, Perak. SK Sungai Itek ini termasuk di bawah kelompak Zon Kinta Selatan, Perak. Sejarah pembukaan sekolah ini bermula pada tanggal Februari 1952 apabila banggunan sementara kepunyaan Tn. Hj Nordin dengan nama Sekolah Pintu Padang diwujudkan atas kesedaran dan semangat penduduk kampung mengenai kepentingan ilmu. Sekolah tersebut ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu En. Mohd Shariff B. Mutalib dan dibantu oleh dua orang guru. Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 87 orang terdiri daripada anak-anak penduduk kampung sekitar kawasan ini.
Pada Oktober 1953, sekolah tersebut didirikan semula atas kutipan orang kampung dan bantuan daripada pihak RIDA dan ditukar nama kapada Sekolah Umum Sungai Itek.Ia dirasmikan oleh yang Berbahagia Dato' Panglima Kinta. Majlis ini juga turut disertai oleh Penyelia Pelajaran Kinta dan wakil JPN, En. Mohd Salleh B. Ahmad A.I.M.S.
Selepas kemerdekaan semangat menyekolahkan anak-anak memuncak .Pertambahan murid telah membolehkan satu bangunan dengan kemudahan asas dibina pada tahun 13 Oktober 1971. Sekolah tersebut dirasmikan oleh YB Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Kamaruddin Bin Mat Isa dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Itek. Pada tahun 1983 bangunan baru dibina semula di bawah Projek kilat Kementerian Pelajaran Malaysia dan mula beroperasi pada tahun 1984 sehingga ke hari ini.
Udang korat ==
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Sungai Itek
- Jalan Dusun Seribu
- 31600, Gopeng
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6053593043
- Fax = 6053593043