Sekolah Kebangsaan Sungei Passin

Sekolah Kebangsaan Sungei Passin atau nama ringkasnya SK Sungei Passin, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro. Sekolah tersebut merupakan sekolah pedalaman 3.

Sekolah Kebangsaan Sungei Passin
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro, 96200, Daro,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahYBB3214
FaksTIADA


Sejarah sunting

Tuai Rumah Jimbau dan Tuai Rumah Aaggit bertemu Pegawai Pendidikan Bahagian Sibu perbincangan penubuhan sebuah sekolah di kampung passin ini. setelah mendapat persetujuan, sebuah sekolah telah didirikan secara bergotong -royong yang dikenali sebagai " School Authority" pada tahun 1959.

Bangunan sekolah yang dibina pada masa itu hanya beratap nipah dan berdinding kulit kayu serta bertingkap pokok nibong. Seramai 60 orang murid mula mendaftar dan majoritinya terdiri daripada golongan tua dan dewasa. Jadual pembelajarannya bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk masa rehat dan disambung semula pada pukul 2 petang hingga 4 petang.

Guru pertama yang ditempatkan ke sekolah ini ialah EncikDuncan Dundang ak Luang pada tahun 1959. Pada tahun 1960, seorang lagi guru datang iaitu Mr. Kayak.

Pengerusi PIBG yang pertama pada tahun 1959 ialah Encik Demang ak Unting.

oleh kerana ruang bangunan lama tidak cukup untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai, pada tahun 1961 sebuah bangunan baharu telah didirikan oleh Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu berserta sebuah kuater guru.

Isu kekurangan guru dan bilangan blok kelas yang kurang maka kelas dihadkan kepada darjah 1 hingga darjah 4 sahaja. sekolah murid hendak melanjutkan pelajaran ke darjah 5 dan darjah 6 mereka perlu ke Sungai Aup School yang terletak tidak jauh dari Taman Bukit Aup sibu.\


Pencapain sunting

keputusan cemerlang 2015, 2017, 2018 ,2019

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sungei Passin
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
96200, Daro
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA, Telefon PPD Daro = 084823213
Fax = TIADA

Pautan luar sunting