Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi atau nama ringkasnya SK Taman Pelangi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 5183, Jln Kuning, Taman Pelangi.

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi
Lokasi
JKR 5183, Jln Kuning, Taman Pelangi, 80400, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahJBA1059[1]
Guru besarENCIK ROSMAN BIN EDROS
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MOHD NAZRI BIN SADERI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN SEM WAI HAN
Penolong Kanan KokurikulumDR HAJAH HAYATI BINTI AHMAD
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google.


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi memiliki 189 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 379 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009


Pada 2024, Sekolah Taman Pelangi memiliki seramai 517 orang murid. Bilangan guru merupakan 35 orang, manakala AKP berjumlah 4 orang.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini mulai dibina pada pertengahan tahun 1986 dan sipa sepenuhnya serta mula digunakan pada 1 Julai 1987. Sekolah ini terletak di Jalan Kuning Taman Pelangi, Johor Bahru. Pelajar-pelajar awal sekolah ini terdiri daripada murid-murid lelaki dari Sekolah Kebangsaan Bukit Senyum (L) dan murid-murid perempuan dari Sekolah Kebangsaan Bukit Senyum (P). Perpindahan pelajar ini disebabkan bangunan dan kawasan sekolah itu telah diambil alih semula oleh Sekolah Menengah Vokasional Bukit Senyum yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Senyum (L) kini telah dijadikan surau. Sekolah Kebangsaan Taman pelangi ini dibina adalah sebagai memenuhi keperluan penduduk setempat. Nama sekolah ini diambil bersempena kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Pelangi.

Bilangan pelajar pada ketika itu ialah 350 orang. Tenaga pengajar yang mengikut berpindah dari Sekolah Kebangsaan Bukit Senyum (L) ke Sekolah Kebangsaan Taman pelangi ialah seramai 10 orang iaitu Puan Rahmah Binti Baba (Guru Besar yang pertama), Puan Hajah Kamariah Binti Ali, Puan Hajah Kamariah Binti Ali, Puan Hajah Ratna Binti Udin, Puan Hajah Asiah Binti Yaacob, Encik Ali Bin Affendi, Encik Yong Kian Wong, Puan Yap Fong Ooi, Puan Agness Tan dan Ustaz Haji Salleh Bin Aloias serta 3 orang kakitangan bukan guru Encik Mohd Isa Bin Haji Ahmad, Encik Razak Bin Rabani dan Puan Fatimah Binti Mohamad.

Bilangan murid sekolah ini semakin bertambah sehingga 820 orang pada tahun 1995 berikutan arahan Jabatan Pelajaran Johor. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah tinggal di kawasan berhampiran Taman Pelangi seperti Polis Depoh, Jalan Yahya Al-Datar, Taman Serene Park, Kuarters TNB, Taman Stulang Darat, Taman Stulang Laut, Berek Istana Pasir Pelangi dan sebahagian anak-anak penduduk Taman Sri Tebrau. Pelajar-pelajarnya terdiri dari kalangan anak-anak Pegawai Kastam, Imegresen, Polis, Tentera, TNB dan lain-lain. Muridnya terdiri dariapad murid lelaki dan perempuan serta berbilang kaum. Mulai tahun 1996 jumlah murid di Sekolah ini semakin berkurangan sehingga sekarang. Faktor kekurangan murid di sekolah ini kerana perpindahan tempat bertugas ibubapa murid. Sebahagian perumahan di kawasan Taman Pelangi dijadikan Kuarters bagi pegawai-pegawai seperti di atas telah berpindah ke tempat lain. Pada masa itu pelajar-pelajar belajar dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.

Amat bagus saya merupakan pelajar di sana pada tahun 2023 sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi
JKR 5183, Jln Kuning, Taman Pelangi
80400, Johor Bahru
Johor, Malaysia

Rujukan sunting

Pautan luar sunting