Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam

Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam atau nama ringkasnya SMA Daril Iktisam, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Batu 28 1/4, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang.

Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam
Lokasi
 Malaysia Batu 28 1/4, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, 06300, Kuala Nerang,, [Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047864875
Kod sekolahKFT7001
Faks6047864157


Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam memiliki 60 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 104 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009


Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam telah ditubuhkan pada 10 Oktober 1986 yang diasaskan oleh Syeikh Ramli bin Hassan dengan bantuan beberapa orang rakan karibnya.

Di awal penubuhannya, bangunan sekolah ini dibina atas sumbangan orang ramai dan badan-badan korporat. Pada tahun 1994 bangunan kedua telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap/Pendang dengan bilangan pelajar adalah seramai 80 orang dan 6 orang guru. Ketika itu sekolah ini beroperasi sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sekolah ini turut didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada tahun 1986 dengan kawasan seluas 4 relong yang telah diwaqafkan oleh Tuan Haji Awang Ngah (pesara polis) untuk dijadikan sebagai tapak sekolah.

Pada November 2006 sebuah surau dibina di atas tanah kepunyaan Syeikh Ramli bin Hassan yang boleh memuatkan seramai 200 orang jemaah. Sebelum terbinanya surau, sekolah ini belum mempunyai tempat tertentu untuk solat jemaah. Oleh itu, sebuah kelas telah dijadikan tempat untuk bersolat jemaah dimana sebelah pagi dijadikan kelas dan setelah tamat waktu persekolahan kelas ini dijadikan tempat solat. Disebabkan keadaan ini maka Persatuan Ibu Bapa (PIBG) telah berusaha untuk mendirikan sebuah surau untuk keselesaan para pelajar, guru dan staf.

Aset sekolah pada ketika itu antaranya ialah 7 buah kolam ikan air tawar, 3 relong tanah pertanian dan kambing biri-biri.

Pada 12 September 2006 sekolah ini dengan rasminya menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). jawatan pengetua juga telah di tukarkan kepada En. Khubib Bin Ramli iaitu anak lelaki kepada pengasas sekolah ini. Sehingga kini, segala pentadbiran dan pengurusan sekolah adalah dibawah kepimpinan beliau. Tenaga pengajar sekarang seramai 14 orang dan murid seramai 91 orang. Sekolah ini masih mengekalkan pembelajaran Akademik, Arab dan pelajaran agama dalam bahasa Arab

Namun demikian pada ketika ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) belum menyalurkan bantuan menyeluruh kepada sekolah. Antara bantuan yang di terima antaranya ialah :

1.Proses penyerapan perjawatan dan bayaran gaji guru dan staf. 2.Bantuan makan pelajar 3.Perkapita matapelajaran 4.Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 5.Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Sekolah juga menerima bantuan perkapita matapelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia sekali setahun bermula dari tahun 2006. Selain itu, SMA Daril Iktisam juga menerima bantuan makanan dari Kementerian Pelajaran Malaysia 2 kali setahun dengan bilangan 250 hari persekolahan. Harga kontrak bagi seorang pelajar adalah RM 6/hari yang diterima dari KPM.

Pada Disember 2007, pihak SMA Daril Iktisam dan PIBG SMADI sebulat suara telah bersetuju untuk membina awning untuk di jadikan kelas sementara. Ini kerana SMA Daril Iktisam telah mengalami penambahan pelajar yang ramai pada pengajian sesi 2008. Kelas – kelas pengajian yang sediada juga telahpun dijadikan asrama puteri untuk menampung bilangan pelajar berkenaan. Kini, kelas pelajar tingkatan satu dan dua telah di tempatkan di surau manakala pelajar tingkatan tiga, empat, dan lima telah di tempatkan di bawah awning.

Setelah setahun berlalu, pada Disember 2008 pihak KPM telah memperuntukkan sebanyak RM 750,000.00 untuk pembinaan 3 kabin yang boleh memuatkan sebanyak 6 bilik darjah bagi keselesaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru serta murid.

Sebulan kemudian iaitu pada Januari 2009, KPM telah menghantar 2 orang guru yang masing-masing memegang lulusan opsyen Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi memantapkan lagi kumpulan guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah ini.


Last Updated

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam
Batu 28 1/4, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang
06300, Kuala Nerang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047864875
Fax = 6047864157

Pautan luar sunting