Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam

rangkaian sekolah menengah di Malaysia

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI merupakan pusat pendidikan peringkat menengah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Menengah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). SMITI merupakan usaha kesinambungan kepada Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.

Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam
Lokasi
Seluruh negara
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah
Ditubuhkan2019

Sejarah penubuhan sunting

SMITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2019 dalam Muktamar (Mesyuarat Agung) Tahunan DPPM Kali Ke-60 2019[1] bertempat di Bukit Gambang, Pahang. Jabatan Pembangunan SMITI telah memulakan gerak kerja sejak tahun 2018 bagi meneruskan kesinambungan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan SRITI. Untuk tahun pertama 2020, sebanyak 6 buah SRITI perintis telah dibuka dan mula beroperasi, iaitu SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu, Sabah; SMITI Darul Izzah, Kampung Perupok, Yan, Kedah; SMITI At-Taqwa, Sungai Bongkok, Gurun, Kedah; SMITI At-Taalim, Seri Iskandar, Perak; SMITI Al-Muallim, Tanjung Malim, Perak; dan SMITI An-Nawawi, Kampar, Perak.

Senarai sekolah sunting

Senarai SMITI di Malaysia
Negeri Parlimen Nama SMITI
Sabah Kota Kinabalu SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu
Papar SMITI An-Nawawi, Papar
Putatan SMITI Darul Hadis, Putatan
Kedah Yan SMITI Darul Izzah, Kampung Perupok
Gurun SMITI At-Taqwa, Sungai Bongkok
Baling SMITI Madrasah Islahiah Dinniah, Memali
Perak Seri Iskandar SMITI At-Taalim, Seri Iskandar
Tanjung Malim SMITI Al-Muallim, Slim River
Kampar SMITI Darul Mutaqqin, Kampar
Penang Bukit Mertajam SMITI Sains Bahrul Ulum, Mengkuang Titi
Kelantan Pasir Puteh SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh
Pahang Temerloh SMITI Al Istiqomah, Temerloh

Rujukan sunting

  1. ^ Muhtar Suhaili (14 Disember 2019). "Pemuda buka 7 SMITI sesi 2020". Harakahdaily. Dicapai pada 12 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

2. https://bahrululum.edu.my/