Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah atau nama ringkasnya SMK Agama Kedah, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang menyertai program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di mana pelajar wajib mengambil subjek Maharat Al-Quran dan Hifz Al-Quran.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350, Alor Setar,, [Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6047314345 |
Kod sekolah | KRA2001 |
Pengetua | TN. HJ NAZRI BIN ISHAK |
Faks | 6047353459 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah memiliki 261 pelajar lelaki dan 435 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 696 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009
Sejarah sunting
Diasaskan dengan menumpang di SMK Tok Jalai pada tahun 1984, kemudiannya pada tahun 1987 murid-murid Tingkatan 4 berpindah ke SMK Kepala Batas Alor Setar, dan mula berada di tapak sekarang di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah Alor Setar pada tahun 1989.
Lagu Sekolah sunting
SMKAK Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Sungguh berjasa mendidik anak bangsa
Kami putra putri berazam
Penuh keyakinan dengan cita-cita murni
Untuk mencapai kejayaan
Oh guru yang banyak berkorban
Jasamu tidak akan kami lupakan
SMKAK Semangat Matlamat Keimanan Asas Kejayaan
Usaha menuju wawasan negara
Semoga kita diberkati Allah
Alamat sunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
- Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
- 05350 Alor Star
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047314345
- Fax = 6047353459