Sekolah Menengah Kebangsaan Alma

Sekolah Menengah Kebangsaan Alma atau dikenali sebagai SMK Alma,[1] merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Minyak.[1]

Sekolah Menengah Kebangsaan Alma
Lokasi
Jalan Bukit Minyak, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBelajar Berfikir, Bertindak Bijaksana
Nombor sekolah6045078687
Kod sekolahPEA0008
PengetuaPN NAZIRAH BNTI OMAR
Faks6045084598

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Alma memiliki 579 pelajar lelaki dan 475 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1054 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Alma diiktiraf sebagai sekolah Gred B seramai 930 orang pelajar. Sekolah ini mempunyai seramai 89 orang guru (14 orang guru lelaki dan 75 orang guru perempuan). Bilangan pembantu staf pula seramai 17 orang.

Sejarah sunting

Sekolah ini mula dibuka pada 4 Disember 1995. Bilangan pentadbir sekolah pada ketika itu berjumlah empat orang, 14 orang guru, enam pembantu staf dan 360 orang pelajar. Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Abu Bakar bin Mat dan juga Penolong Kanan pertama pula ialah Encik Yahaya bin Haron.
Sekolah ini terletak di Mukim 11, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).[1] Di arah Barat sekolah ini terletaknya Kampung Telok dan Kampung Bukit Minyak, manakala di sebelah Timurnya terletak Kampung Baru Alma, Kampung Alma dan Kampung Kijang. Taman Kota Permai pula terletak di sebelah utara sekolah. Kampung Permatang Tok Subuh dan Taman Markisah pula berada di arah Selatan sekolah.
Status sekolah ini merupakan sekolah luar bandar.[1] Pada tahun 1999, sekolah ini mempunyai dua sesi persekolah namun telah kembali kepada satu sesi sahaja pada tahun 2001. Pada tahun 2002, sekolah ini telah diiktiraf sebagai sekolah Gred A berikutan bilangan murid mencecah 1200 orang.
Sekolah ini berkongsi kawasan padang bersama-sama Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Alma. Sekolah ini mempunyai 11 buah bangunan (Blok A, Blok B, Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F, Kantin, Dewan, Makmal Komputer, Surau dan blok MPV). Sekolah ini juga merupakan antara sekolah menengah di Pulau Pinang yang menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA) bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sahaja.

Senarai guru besar yang berkhidmat sunting

  1. Tn. Hj. Abu Bakar bin Mat (1996-1997)
  2. En. Musa bin Zakaria (1997-1998)
  3. Pn. Hjh. Zainab binti Zaiman (1998-2001)
  4. Pn. Hjh. Fauziah binti Yeop (2001-2007)
  5. Pn. Manisah binti Ahmad (2008-2012)
  6. Pn. Mahani binti Mohammad (2012-2016)
  7. Pn. Zarina binti Zakaria (2017-2018)
  8. Tn. Hj. Mohd Pisal bin A Bakar (2018-Sekarang)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Alma
Jalan Bukit Minyak
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang,   Malaysia
Telefon = 6045078687
Fax = 6045084598
Emel = pea0008@jpnpp.edu.my / smkalmaofficial@gmail.com

Rujukan sunting

Pautan luar sunting