Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok (SMK Bukit Mentok) atau nama ringkasnya BMExS (Bukit Mentok Excellent School), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Cukai, Kemaman Terengganu, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok
Lokasi
Bukit Mentok, Kemaman, Malaysia, 24000, Kemaman, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Swasta
MotoKebersamaan Pemacu Kecemerlangan
Autoriti pendidikanKEMAMAN
Nombor sekolah6098502630
Kod sekolahTEA2033[1]
Pengerusi PIBGTN.HAJI ZAHARI BIN ALI
PengetuaTN.HAJI ABDUL MUIN BIN ISMAIL
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. WAN AZMI BIN WAN ALI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. JAMAL BIN MUHAMMAD
Penolong Kanan KokurikulumEn. ABDUL RASID BIN KASSIM
Faks6098502632
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok memiliki 619 pelajar lelaki dan 631 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1250 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru. Pada 2011 jumlah pelajar meningkat sebanyak 1874 orang dan guru pula seramai 114 orang.Terbaru Mac 2023, memiliki seramai 67 orang guru yang berkaliber dan 10 orang AKP dan merupakan sekolah TS25.

Sejarah sunting

Dibuka pada tahun 2006 (Mula beroperasi pada Jun 2006) Dirasmikan oleh YAB Datuk Ahmad bin Said

SMK Bukit Mentok pernah menjadi sekolah terbaik di Malaysia berikutan pencapaian pelajar yang sangat memberangsangkan sejak kehadiran YAB Puan Hajjah Faridah menggantikan Puan Hajjah Wan Kembang. Dengan memperkenalkan peraturan dan sistem pembelajaran yang berkesan, semua pelajar menerima kehadiran beliau dengan baik dan terbuka. Beliau terkenal dengan moto 'Tak Penting Saya Tak Cakap' dan 'Apa Yang Saya Kata, Saya akan kotakan'. Beliau bercita-cita tinggi untuk mengekalkan SMK Bukit Mentok sebagai sekolah yang terbaik dan sudah tentu dengan kerjasama pelajar-pelajarnya, tiada penghalang kepada cita-cita beliau untuk menjadi kenyataan.

Untuk pengetahuan semua, SMK Bukit Mentok menerima tawaran bagi menguji sistem pengawalan disiplin yang dikenali sebagai e-Displin. Dengan sistem ini, masalah disiplin dapat dapat dikurangkan dengan kadar yang drastik pada masa yang singkat. Kini sistem ini diperluas di semua sekolah di seluruh Malaysia. Moderator yang bertanggungjawab kepada sistem ini akan mengisi markah disiplin yang ditentukan dengan masalah yang dilakukan pelajar tebabit.

Pencapaian sunting

Menjadi johan dalam pertandingan kor kadet polis selama 4 tahun berurut-turut

Menjadi naib Johan dalam pertandingan Sekolah-sekolah Tercantik di Terengganu

Memegang gelaran sebagai sekolah yang paling dikenali di Terengganu kerana pencapaian pelajar yang sangat memuaskan.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok
Bandar Baru Bukit Mentok, 24000 Cukai, Kemaman, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098502630
Fax = 6098502632

Rujukan sunting

Pautan luar sunting