Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman

Selepas merdeka, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Peperiksaan Darjah VI sebagai syarat kemasukan ke sekolah menengah. Kerajaan juga memperkenalkan sistem pelajaran aneka jurusan pada masa itu untuk memberi peluang kepada anak-anak lepasan sekolah rendah melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun lagi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman
Lokasi
Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Moto"Majulah Kita"
Nombor sekolah07-4186214
Kod sekolahJEA0015
PengetuaEn. Saipulsahri Bin Masdar
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Rosmah Binti Jaafar
Penolong Kanan KokurikulumTn Hj Mohd Amfal bin Basri
Faks07-4185217
Laman sesawang



Hasil wawasan tersebut tertubuhlah Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Sulong pada 10 Januari 1965. Guru Besar pertamanya ialah En. Yusuf b. Ahmad yang hanya menjalankan tugas untuk tempoh masa dua bulan sahaja sebelum tempat beliau digantikan oleh Tn. Hj Daud b. Ibrahim pada bulan Mac 1965. Guru Penolong Kanan yang pertamanya pula ialah Tn. Hj. Shukri b. Hj. Sulaiman manakala Ketua Pengawasnya ialah saudara Abdul Majid b. Abdullah.

Tahun-tahun Awal sunting

Pada tahun pertama ditubuhkan, jumlah muridnya hanya 195 orang sahaja yang mendaftar masuk ke tingkatan satu bersama-sama 10 orang guru. Jumlah tersebut telah meningkat bilangannya kepada 240 orang pada 5 Januari 1966 bagi pendaftaran tahun berikutnya, manakala bilangan gurunya pula bertambah seorang lagi, menjadikannya 11 orang. Bilangan murid terus meningkat sehingga pernah mencecah 2000 orang pada satu ketika sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah lagi sekolah menengah berhampiran sekolah ini.

Pada tahun 1967, beberapa peristiwa besar berlaku yang menandakan Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Sulong (SMRKPS) melangkah setapak lagi di bidang pendidikan tempatan. Pada tahun inilah, lencana sekolah ini mula diperkenalkan dan digunakan secara rasmi pada penghujung tahun 1967. Edisi pertama majalah sekolah, ‘TERAJU’, juga telah berjaya diterbitkan pada 5 Oktober 1967. Pada tahun ini jugalah kumpulan pertama 191 orang pelajar telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan mencatatkan peratus kelulusan yang membanggakan iaitu 63%.

SMDS (1967 – 1975) sunting

Tahun 1967 sekali lagi menjadi tanda sejarah kepada peristiwa besar pengisytiharan secara rasmi nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Sulong kepada Sekolah Menengah Dato’ Sulaiman (SMDS) Parit Sulong.

Koperasi sekolah pula telah ditubuhkan pada tanggal 30 Julai 1968 dan secara rasminya didaftarkan pada tahun 1971. Koperasi ini telah berjaya menaikkan nama sekolah apabila sering kali merangkul johan dan naib johan dalam Pertandingan Kuiz Koperasi Sekolah peringkat Daerah Batu Pahat sehingga kini.

Tanggal 28 Jun 1972, SMDS telah dirasmikan penubuhannya. Y.B Dato’ Ninam Shah juga dengan rasminya telah membuka Rumah Pengakap sekolah pada 16 September tahun yang sama. Pada tahun 1974, SMDS sekali lagi mencipta nama apabila mencapai keputusan peperiksaan SRP terbaik di Negeri Johor iaitu 69.2%, dengan mengalahkan 51 buah sekolah menengah yang lain pada ketika itu.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada tahun 1975 dengan penyandang Pengerusi PIBG yang pertama ialah Tn. Hj. A Jabar b. A Kahar. Kejayaan demi kejayaan terus dicipta dan dirangkul oleh SMDS dan pada tahun 1975. Dengan keyakinan tersebut maka pendidikan aliran sains mula ditawarkan di SMDS dengan tawaran kelas 4 sains tulen telah dimulakan.

SMKDS (1976 – kini) sunting

Akhirnya, sekali lagi SMDS ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman (SMKDS) sehingga kini. Sekolah ini menempatkan kira-kira 1450 orang pelajar, dengan 108 orang guru kesemuanya.

Senarai Pengetua sunting

  1. En. Yusuf bin Ahmad (Januari 1965 - Februari 1965)
  2. Tn Haji Daud bin Ibrahim (Mac 1965 - Disember 1979)
  3. Tn. Haji Abu Naim bin Siran (Januari 1980 - Jun 1982)
  4. Tn. Haji Rashidi bin Abd. Rahman (Ogos 1982 - Februari 1985)
  5. Tn. Haji Jabit bin Kamin (Mac 1985 - November 1986)
  6. Tn. Haji Asri bin Sarwan (Disember 1986 - Februari 1995)
  7. Tn. Haji Karim bin Harun (Februari 1995 - April 2001)
  8. En. Hasnan bin Jaafar (April 2001 - Mac 2005)
  9. En. Misli bin Rosbadi (April 2005 - ?)
  10. Pn Hajah Noriah binti Nasir (? - 2013)
  11. Tn Haji Armas bin Darusman (2013 - Disember 2016)
  12. En. Yahya Bin Suyot (Februari 2017 - 2023)
  13. En. Saipulsahri Bin Masdar (April 2023 - Kini)

Peratus Keputusan SPM dan STPM sunting

2011 - SPM (94.59%), STPM (98.25%)

2012 - SPM (97.83%), STPM (100%)

2013 - SPM ( 95.33%), SSTPM (100%)

Sukan sunting

SMKDS mempunyai barisan atlet yang berbakat dalam pelbagai jenis sukan, antaranya

  1. Silat: merangkul gelaran johan bagi peringkat negeri selama 5 tahun berturut-turut
  2. Taekwondo: telah menghantar wakil ke beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa (antaranya Muhammad Akif bin Husin, seorang atlet yang berkaliber dan berkarisma) dan mempunyai 7 orang pemegang tali pinggang hitam Dan pertama.
  3. Hoki: merangkul tempat keempat dalam pertandingan peringkat daerah tahun 2015 pada penyertaan kali pertama.
  4. Memanah: meraih Johan MSSD Batu Pahat pada tahun 2017 yag didakan di SMK Penghulu Saat


Sukan lain termasuklah memanah, gimnastik artistik, bola lisut dan bola jaring

Pautan luar sunting