Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk

Sekolah Menengah Lok Yuk Kota Kinabalu (CF) atau secara ringkasnya SM LOK YUK LIKAS ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Sekolah ini adalah sekolah mubaligh Kristian yang ditubuhkan pada tahun 1934 oleh Gereja Basel.

Sekolah Menengah Lok Yuk Kota Kinabalu (CF)

Lok Yuk Secondary School Kota Kinabalu (CF)

亚庇乐育国民型中学
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk P.O. 10352 88803 Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Menengah, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Harian
Moto"Berilmu dan Beramal"
Ditubuhkan1934
Daerah sekolahKota Kinabalu
PengerusiClement Chieng Shaw An
PengetuaPuan Lourdes Mary Batin
GredForm 1 – Form 6
Jumlah penuntut1900++
KelasPeralihan,Watson,Newton,Hawking,

Galilei,Fleming,Einstein,Darwin,Curie, Aristotle,S1,S2,ACC,SCOM,B1, B2,ARTS1,ARTS2,EA,Pra-U A1,Pra-U A2,

Pra-U B1,Pra-U B2
Bahasa pengantarMalay, English , Chinese
WarnaDark blue , Light Blue , Yellow , Red , White
Slogan"Dare To Change For A Better Tommorow"
Buku tahunanHornbill
AfiliasiMinistry of Education (Malaysia)

Sejarah sunting

1934 - Sekolah Menengah Lok Yuk (Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar) telah ditubuhkan oleh Gereja Basel Malaysia, Kota Kinbalu di Bukit Bendera (Signal Hill). Pengetua pertama ialah Pastor Lee Wok Syn.

1942 - Semasa pendudukan Jepun (Perang Dunia II), kebanyakan bilik darjah telah musnah dan Sekolah Menengah Lok Yuk terpaksa ditutup.

1947 - "The Central Church Council Gereja Basel Malaysia" memutuskan untuk menubuhkan semula tiga sekolah menengah setiap satu di daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat.

1948 - Pada bulan September, kerja-kerja membaiki bangunan sekolah sedia ada telah dilakukan oleh pihak gereja.

1949 - Sekolah dibuka semula dengan bantuan kewangan dan pengajaran daripada American Lutheran Mission. Pada akhir tahun 1949, bilik guru dan blok sekolah telah dibina oleh Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu dan American Lutheran Mission.

1953 - Bilangan pelajar telah bertambah dan sebuah blok bilik darjah telah dibina dengan kos RM 22000.00.

1954 - Pada 22 April lalu, majlis perasmian blok baharu Sekolah Menengah Lok Yuk telah diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu. Pengetua ialah Encik Lee Chun Min.

1960 - Pada awal 1960-an, Gereja Basel Malaysia, Kota Kinabalu membuat perancangan untuk menambah bangunan sekolah. Derma untuk tabung bangunan sekolah diperoleh daripada ahli gereja.

1962 - Mulai tahun ini, pembayaran gaji guru adalah melalui peruntukan Jabatan Pendidikan Sabah.

1963 - Pengetua ialah Pastor Donald E Nelson.

1964 - Sebidang tanah di Teluk Likas seluas 12.2 ekar (kawasan sekolah sekarang) telah diberikan kerajaan kepada sekolah tersebut. Perancangan telah dibuat untuk memindahkan sekolah dari Bukit Bendera ke kawasan Likas. Sebagai tambahan kepada sumbangan yang diberikan oleh gereja, kerajaan Sabah dan American Lutheran Mission menyediakan dana untuk membina bangunan sekolah baharu. Dari tahun 1939 hingga 1964, sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang menggunakan bahasa Cina dan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1964, kelas peralihan telah dimulakan dengan pengambilan pelajar sekolah rendah Cina. Sehingga tahun 1966, sekolah rendah dan menengah berada di bawah pentadbiran yang sama dan guru besar yang sama.

1966 - Peringkat pertama Projek Bangunan Sekolah di Teluk Likas telah siap pada Ogos 1966 dengan 9 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah makmal fizik, sebuah pejabat am dan sebuah bilik guru dengan kos RM 310,000. Bangunan baru ini mula digunakan pada penggal ketiga persekolahan pada tahun 1966 (Blok A). Sekolah Menengah Lok Yuk dengan ini dipindahkan dari bukit bendera ke kawasan ini. Kelas tingkatan 4 bermula. Pengetua ketika itu ialah Encik James M Peterson.

1967 - Peringkat kedua projek pembinaan sekolah bermula pada tahun 1967 dengan 3 bilik darjah, makmal biologi, makmal kimia dan bilik lukisan di (Blok B). Kelas tingkatan 5 bermula. Aliran sains dan sastera ditawarkan untuk tingkatan 4 dan 5.

Bilangan Murid : 340 Bilangan Kelas : 12 dan Pengetua pada masa itu ialah Encik George N Anderson.

1968 - Perasmian pembukaan bangunan baru sekolah oleh Ketua Menteri Sabah Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun pada 1 Jun 1968. Pengetua ketika itu ialah Pastor Donald E Anderson.

1970 - Dua gelanggang bola keranjang telah dibina dan jalan raya diturap. American Lutheran Mission menyumbangkan sebuah projektor filem dan 60 gulung filem yang digunakan sebagai alat bantu mengajar.

1971 - Pengetua baharu ialah Encik John C Peterson.

1972 - Pengetua baharu ialah Encik John Ng.

1982 - Bilangan Pelajar : 623 Orang

Bilangan Kelas: 20 Kelas

Bilangan Guru : 30 Orang

1984 - September 1984 kerja-kerja pembesaran blok bangunan bermula di (Blok B) termasuk bilik masakan, bilik jahitan, makmal sains, perpustakaan dan dua bilik darjah dengan kos RM 235000.00. Jabatan Pendidikan Sabah menyediakan peruntukan sebanyak RM 80000.00. Persatuan Alumni Lok Yuk menyumbang RM 25000.00. Sumber kewangan lain datang daripada sumbangan kepada Kumpulan Wang Bangunan Sekolah dan Projek Walkathon. Pengetua pada masa itu ialah Cik Yap Pak Shun.

1985 - Pada bulan Jun, penambahan blok bangunan sekolah telah siap pada penggal ketiga tahun persekolahan 1985 (Ogos). Semua bilik darjah dan lain-lain sedang digunakan.

1986 - Kelas Sains Rumah Tangga bermula di Tingkatan 1. Aliran Perdagangan di Tingkatan 4 juga bermula.

1987 - Sebuah bilik telah ditukar menjadi Bilik Komputer.

1988 - Bilik guru sesi pagi dan petang diasingkan. Guru-guru sesi petang ditempatkan di bangunan blok B. Pihak sekolah menerima penolong kanan petang yang dilantik oleh jabatan iaitu Encik Yusof Lim.

1989 - Bilik antara bangunan A dan B telah diperbesarkan untuk menampung kelas Kemahiran Hidup sementara. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Lok Yuk telah didaftarkan.

1990 - Sukan Tahunan Ke-31 kali pertama diadakan di Kompleks Sukan Likas. Pada tahun tersebut, acara merentas desa diadakan buat julung kalinya.

1991 - Kelas aliran sains untuk tingkatan 4 telah diadakan semula.

1993 - Pasar Ria anjuran PIBG julung kali diadakan. Pasar Ria bertujuan mengutip derma untuk membeli bas sekolah dan dana persatuan.

1992 - Nama-nama kelas telah ditukar daripada huruf abjad kepada nama bunga iaitu Carnation dan Antirrhinum untuk tahap 4 dan 5, Anggerik, Rafflesia, Mawar, Dahlia dan Cempaka untuk kelas peralihan sehingga kelas tahap 3.

1993 - Astaka siap dibina, kelas pemulihan Bahasa Melayu bagi murid yang lemah dalam kemahiran membaca dan menulis bagi kelas peralihan 1 dan 2 diadakan. Kelas ketiga tingkatan 4 bermula dan diberi nama Daffodil.

Larian Lok Yuk anjuran alumni diadakan bagi mengutip derma bagi membiayai pembinaan dewan sekolah.

1995 - Pengetua Encik Ng Soi Ngung mula berkhidmat di SM Lok Yuk.

1996 - Persekitaran sekolah mula diserikan dengan pembinaan taman seperti Dataran Lok Yuk. Sebuah bangunan 4 bilik iaitu surau, bilik PBSM, bilik serbaguna dan bilik kaunseling antara Blok A dan Blok B telah siap dibina.

1997 - Penubuhan 24-Chinese Drum sebagai salah satu kelab beruniform di sekolah. Kelab ini telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di luar sekolah dan pembinaan tempat letak kereta guru sedang giat dijalankan.

1998 - Dewan Lok Yuk telah dirasmikan oleh Datuk Yong Teck Lee. Pondok cendawan dibina di kawasan sekolah.

1999 - Pondok rumah sukan dibina untuk kegunaan para pelajar. Pembesaran bilik guru juga dibuat bagi menampung bilangan guru yang semakin bertambah.

2000 - SM Lok Yuk menjadi Johan Pertandingan Sketsa Kebangsaan buat kali pertama. Blok C ialah Projek Kilat PIBG yang disiapkan pada akhir tahun (4 bilik darjah). Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Kota Kinabalu menewaskan penyandang juara selama 13 tahun, SM Tsung Tsin.

2001 - SM Lok Yuk mempertahankan gelaran juara dalam pertandingan sketsa peringkat kebangsaan. Pembinaan Kolam Ikan di kawasan sekolah untuk berseronok (Taman Rimba Ilmu). SM Lok Yuk telah dipilih sebagai Sekolah Harapan di peringkat negeri Sabah dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

2003 - Pembinaan stor baru (4 Bilik) dan Rafflesia Park.

2004 - Sebuah bangunan baru berbentuk U tiga tingkat (Blok D) sedia untuk dibina.

2008 - Koperasi Sekolah Menengah Lok Yuk Berhad ditubuhkan.

2009 - Mula menggunakan Bangunan IFF (Yayasan Ian Furgeson) - 4 tingkat menempatkan 8 bilik darjah.

2010 - Pembinaan kantin baharu dengan kos RM350000.00 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

2011 - Menganjurkan Pasar Ria untuk mengumpul dana bagi membeli bas sekolah.

2012 - Mengadakan Pasar Ria buat kali kedua bagi menambah dana membeli bas sekolah berjumlah RM 300000.

2020 - Pengetua baharu ialah Puan Lourdes Mary Batin yang menggantikan Puan Norah Marcus.

Falsafah Sekolah sunting

Hasrat kami adalah untuk melahirkan sebuah institusi sekolah yang dapat mereleasasikan dan menerapkan nilai-nilai budaya cemerlang, budaya ilmu bermuafakat dan budaya penyayang kepada setiap anggotanya, di samping mendukung kaedaah pengurusan dan kepimpinan serta budaya pengupayaan yang serasi, cekap dan dinamik.

Berpegang kepada ciri-ciri budaya yang murni ini, serta kelayakan dan kemahiran yang kami miliki, diharap akan dapat dijadikan landasan bagi memperkembang potensi anak-anak didik kami dalam aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani, bahkan akan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereja untuk menyuburkan unsur-unsur tersebut.

Akhirnya, kami berharap dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakan untuk menyayakan Wawasan negara.

Lagu Sekolah sunting

SM Lok yuk sekolah kita,

Bumi warga jiwa mulia,

Berilmu dan Beramal,

Pedoman kita semua,

Teman-teman marilah kita,

Bersatu berganding bahu,

Mengibarkan panji s'kolah,

Nadi hidup kita semua .

Bangkit maju bersama,

Menghadapi cabaran,

Menuju wawasan s'kolah kita,

Pada Tuhan jiwa diserah,

Tingkatkan usaha kita,

Ke arah mercu kejayaan,

Sekolah Menengah Lok Yuk.

Visi & Misi sunting

Visi :

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi :

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”