Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 atau nama ringkasnya SMK Pusat Bandar Puchong 1, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln Wawasan 2/23.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1
蒲种市中心国中一校
Lokasi
Jalan Wawasan 2/23, 47100, PUCHONG, Selangor
{MALAYSIA}}
Maklumat
Nama lainSMKPBP 1
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERWAWASAN CEMERLANG BERKETAMPILAN
SesiPagi dan Petang
Nombor sekolah0358917014
Kod sekolahBEA8649
Pengerusi PIBGEncik Kuan Chee Heng "Uncle Kentang"
PengetuaPuan Noor Hasni binti Abdullah
JantinaPelajar dan guru terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan
Bahasa pengantarBahasa Melayu
SloganBERWAWASAN BERKETRAMPILAN CEMERLANG
LaguDi Atas Bukit, Indah dan Permai,

Tersergam Indah, Sekolah Kami, SMK Pusat Bandar Puchong (1), Sekolah Kami Yang Ku Sanjungi.

Sekolah Kami Yang Berwawasan, Menjadi Tunggak Kecemerlangan, Tempat Menuntut Ilmu Berkualiti, Sahsiah Mulia Teras Utama.

Kami Berjanji, Sehati Sejiwa, Mengharumkan Nama Sekolah Kami, SMK Pusat Bandar Puchong (1),

BERWAWASAN, BERKETRAMPILAN, CEMERLANG.
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Low Shiek Li
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rohaida binti Attan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Ho Siew Hoon
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPuan Janaky
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 memiliki 1271 pelajar lelaki dan 1136 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2407 orang. Ia mempunyai seramai 132 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 telah dibangunkan di atas tapak seluas 8937 ekar (36168 meter persegi). Sekolah ini adalah antara beberapa buah sekolah yang terletak di daerah Puchong. Lokasi sekolah adalah strategik kerana dibina di atas bukit.

Sekolah ini dibuka pada bulan Disember 2002. Pn. Cheeah Halimah bt. Abdul Talib telah dilantik sebagai Penolong Kanan Akademik dan individu yang mengetuai pengurusan sekolah ini pada awal pembukaannya. Penyerahan bangunan kepada pihak pengurusan sekolah dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 1 November 2002 dan juga pada 20 Disember 2002.

6 Januari 2003 adalah awal sesi persekolahan . Pn. Cheeah Halimah bt. Abdul Talib diberi tanggungjawab menguruskan sekolah dan dibantu oleh Pn. Noriza bt. Asmuni (Penolong Kanan HEM) , Pn. Norhidayah bt. Abu Bakar (Penolong Kanan Kokurikulum) dan En. Marzuki b. Darus.

Pengetua pertama SMK Pusat Bandar Puchong 1 ialah En. Abdul Rahman b. Hj. Ngit (16 April 2003 hingga Januari 2004. Pengetua yang kedua ialah Pn. Hajah Kamariah bt. Mohd. Yusof (September 2004 hingga 30 Januari 2007). Seterusnya pengetua yang ketiga ialah Pn. Siti Rogayah bt. Yahya (9 April hinggi sekarang).

Semasa kekosongan jawatan ketiga-tiga pengetua itu, Pn. Cheeah Halimah merupakan orang yang bertanggungjawab memangku jawatan pengetua.

Sekolah ini terkenal pada Januari 2020 apabila seorang peguam dari Parti PUTRA telah membuat aduan kepada pengetua sekolah bahawa dekorasi sekolah sempena Tahun Baharu Cina iaitu Tanglung adalah terlampau. Pengetua sekolah terpaksa menurunkan semua Tanglung atas cadangan dari PDRM, dan isu ini diselesaikan apabila pemimpin Pakatan Harapan termasuk mantan timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan mantan timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan dekorasi ini balik.

Pencapaian sunting

1) telah menerma anugerah kualiti pencapaian akademik kategori lonjakan saujana SPM 2007,peringkat daerah petaling.anugerah ini adalah kerana pencapaian 6 mata pelajaran SPM lulus 100% iaitu fizik , biologi , EST , tasawur islam , kesusasteraan inggeris dan bible . 2) telah menerima anugerah kualiti pengurusan BOSS kategori sekolah menengah daerah petaling (pengurusan pentadbiran yang cekap & sistematik merupakan faktor utama SMKPBP 1 menerima anugerah ini .

Pautan Luar sunting

Alamat sunting

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1
    Jalan Wawasan 2/23
    Selangor, Malaysia
    Telefon = 0358917014