Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara


Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 10 Kota Damansara atau KD10 , merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kota Damansara Persiaran Mahogani, Seksyen 10, Kota Damansara.

Pada 2009 SMK Seksyen 10 Kota Damansara memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1,506 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru. Sekolah ini telah mencapai tahap yang sangat hebat dalam segala yang disertai sehingga dapat gelaran KD10 Hebat!

Sejarah

sunting

SMK Seksyen 10 Kota Damansara dimulakan pembinaanya sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Ia mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua pertama iaitu En. Ghumiat bin Kamdi pada tarikh berkenaan. Sekolah mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang. Sekolah bermula dengan 20 orang guru, 437 orang pelajar dan 5 ekor kucing yang ditempatkan di 8 kelas Tingkatan 1 dan 3 kelas Peralihan.Sekolah in juga pernah mengambil pelajar tingkatan 6, akan tetapi tidak sudah seteleh mereka berpindah di Bandar Utama.

Pada 2019, sekolah ini telah selamat dibumbungkan. Kini, perhimpunan boleh diadakan walaupun pada cuaca yang kurang baik. [1]

Pencapaian

sunting

Sekolah ini telah memenangi 6 kali dalam 6 tahun dalam pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) dari tahun 2009 hingga tahun 2014.

Nasyid juga merupakan kekuatan sekolah ini dengan memenangi banyak pertandingan sebelum ini peringkat negeri.

Bukan Nasyid sahaja, rugbi juga kekuatan sekolah ini. Bola sepak pun. Pendek kata,semua benda lah kekuatan sekolah ini.

Visi dan Misi

sunting

Visi - Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi - Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Ikrar Pelajar

sunting

Bahawasanya sesungguhnya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara dengan penuh keinsafan, berikra dan berjanji akan ;

  • Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Mencintai ilmu dan pelajaran dengan sepenuh hati
  • Berakhlak mulia dan berdisiplin pada setiap waktu
  • Sentiasa mejaga kebersihan diri dan keindahan sekolah
  • Menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah
  • Menghormati dan patuh kepada guru-guru serta kasih dan taat kepada ibu bapa
  • Menjalin hubungan yang baik,mesra dan harmoni dengan rakan-rakan

Maka dengan ini kami berikrar dengan segala daya dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni kami , sekolah dan negara.

Lagu Sekolah

sunting

Ilmu penyuluh hari muka

Akan ku tuntut sepenuh jiwa

Selagi hayat di perlu dunia

Akan ku timba akan ku teroka

Nama sekolah ku sanjungi

Restu pendidik mengiringi

Insan cemerlang ku idami

Salbiah unggul penghias diri

Janji ku pada diri

Janji ku pada semua

Menjadi insan berbakti

Hidup beradab di mana jua.

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10
Kota Damansara Persiaran Mahogany,Seksyen 10, Kota Damansara
Selangor,   Malaysia
Telefon = 361568514
Fax = 361563534

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting