Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang
Lokasi
Batu caves Selangor, BATU CAVES, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan27 Okteder1999
Autoriti pendidikanGombak
SesiSesi Pagi dan Sesi Petang
Nombor sekolah0361853448 / bea7612@moe.edu.my
Kawasan6 ekar
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Azhar Bin Kamaruddin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Maznah Binti Mustapha@Hussain
Penolong Kanan KokurikulumPn Rafidah binti Rashid
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPn Fazliyah Binti Hamzah


Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang (BEA7612) merupakan Sekolah Menengah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994 dengan nama 'Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang 2'. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini telah menumpang di SMK Taman Selayang 1 sebelum berpindah ke bangunan sekarang pada 15 April 1995. Lokasi SMK Seri Selayang dikategorikan sebagai Sekolah Bandar dan terletak di Jalan Sungai Tua, Taman Sri Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Pada 9 April 2000, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Abu Hassan bin Omar. SMK Seri Selayang telah sehingga kini telah diterajui oleh 10 orang pengetua yang pastinya memainkan peranan membina dan membentuk sekolah ini ke arah sekolah cemerlang. Antara Pengetua SMK Seri Selayang yang telah berkhidmat dan menabur bakti ialah:

1. Tuan Haji Shamsuddin bin Mohd Nor. ( 1995-1998 ) 2. Puan Sakiah Bintu Saad (1998-2000) 3. Encik Abdul Karim Bin Ihwan ( 2000-2006 ) 4. Puan Hajah Azizul Binti Abdullah (2006-2009 ) 5. Puan Hajah Wan Saberina Binti Wan Musa ( 2009-2010 ) 6. Encik Samsuki Bin Sudin (2010-2014) 7. Puan Jamaliah Binti Mohd Buang (2014-2016) 8. Encik Abdul Rashid Bin Sarti (2016-2019) 9. Encik Ilias Bin Hamat (2019-2020) 10. Puan Madznah Binti Bachok (2020-2022)

SMK Seri Selayang menjadi sekolah yang istimewa kerana bukan sahaja menyediakan sistem pembelajaran bagi murid yang normal dalam Aliran Perdana (Peralihan-Tingkatan 5) tetapi bagi murid yang istimewa (OKU) turut menerima Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mula dibuka pada tahun 1999. Sehingga kini bilangan kelas PPKI mempunyai 13 kelas dengan bilangan murid seramai 96 orang dengan kemudahan asas yang lengkap serta dapat memberi kemahiran kepada murid PPKI dalam bidang Inklusif, Pertanian, Kemahiran Membuat Roti dan Kemahiran Pastri. SMK Seri Selayang juga memberi peluang kepada murid aliran perdana yang berminat dalam bidang vokasional mengikuti bProgram Vokasional Menengah Atas (PVMA) Rekaan Jahitan Pakaian . Enrolmen Murid menunjukkan peningkatan berbanding pada awal penubuhan dengan 800 murid dan guru seramai 65 orang . Pada tahun 2021 bilangan murid telah meningkat kepada 1444 orang dan guru seramai 102 orang.

Pencapaian sunting

2008 - Anugerah kecemerlang pelajaran pengurusan pendidikan Khas

2010 - Lonjakan saujana PMR 2010 Peningkatan 11.8%

2010 - Anugerah lnovasi pejabat pelajaran Gombak kategori pengurusan Pusat Akses

2010 - Lonjakan saujana SPM 2010 peningkatan 10.85%

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang
Jalan Sungai Tua
68100 Selangor, Malaysia
Telefon = 0361853448
Fax = 0361874508

Pautan luar sunting