Sekolah Menengah Sains Gua Musang

Sekolah Menengah Sains Gua Musang (GUAMSS) merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-5 dibuka di negeri Kelantan dan terletak kira-kira 4.5km dari Bandar Baru Gua Musang.

Sekolah Menengah Sains Gua Musang
Logo SM Sains Gua Musang
Logo SM Sains Gua Musang
Lokasi
Gua Musang, Gua Musang, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh
MotoILMU, BUDI, KEBIJAKSANAAN
Nombor sekolah099123698
Kod sekolahDEA8009
Pengerusi PIBGProf. Madya Dr. Nik Shanita binti Safii
PengetuaEn Aziz bin Derashid
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Atan bin Selamat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Maizuny binti Mohammad
Penolong Kanan KokurikulumPn Nik Aznida binti Awang
Faks099122497


Sejarah sunting

Pada tanggal 1 April 2015,Sekolah Menengah Sains Gua Musang telah mula beroperasi secara rasminya. Sekolah Menengah Sains Gua Musang merupakan Sekolah berasrama Penuh yang ke-69 dibuka dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia dan SBP yang ke-5 di negeri Kelantan.

      Sekolah Menengah Sains Gua Musang terletak di tepi jalan Gua Musang- Kuala Lipis di daerah Galas. Gua Musang menjadi mercu tanda kepada Daerah Gua Musang khasnya dan negeri Kelantan amnya. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM41.7 juta yang mula dibina pada tahun 2009 namun tergendala hampir setahun sehingga dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun 2015.

     Sekolah ini dapat menampung kapasiti murid seramai 750 orang pada satu-satu masa. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup dan bilik-bilik khas seperti bilik muzik, bilik pendidikan seni, bilik kegiatan agama islam dan makmal bahasa.Bagi kemudahan penginapan, asrama, surau, kantin, dan dewan makan disediakan. Bagi melakukan aktiviti riadah, terdapat padang dan gelanggang permainan seperti padang bola sepak, padang hoki, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola jaring dan gelanggang sepak takraw. Terdapat juga kemudahan dewan utama yang turut memuatkan gelanggang badminton.

      Pengambilan pelajar mula dilakukan mulai 1 April 2015 dengan kemasukan pelajar sulung tingkatan 1 seramai 63 orang. Namun, sehingga akhir tahun 2015, seramai 92 orang murid telah mendaftar di sekolah ini dengan pecahan mengikut jantina iaitu 34 orang lelaki dan 58 orang perempuan.

     Sekolah Menengah Sains Gua Musang diterajui oleh pengetua yang pertama iaitu Pn Zawiah Binti Che Ghani dengan dibantu oleh 3 orang penolong kanan iaitu En Marzuki Bin Md Nor (PK Pentadbiran), En Ahmad faris Bin Abu Bakar (PK HEM) dan En Atan Bin Selamat (PK Kokurikulum).

     Peringkat pertama penubuhan sekolah ini, seramai 16 orang guru telah ditempatkan disini sehingga bertambah menjadi 18 orang pada akhir tahun 2015. Sementara itu, seramai lima orang kakitangan sokongan telah mula bertugas disini.

     Sesungguhnya, penubuhan sekolah ini memberi makna yang amat signifikan bagi penduduk di daerah Gua Musang khasnya dan negeri Kelantan amnya kerana peluang pendidikan yang cemerlang sudah tersedia. Warga Sekolah Menengah Sains Gua Musang bertekad akan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang cemerlang dan terbilang dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh yang lain.

Lagu Sekolah sunting

Sepakat Ikrar

Gua Musang Science School melahirkan

Insan terdidik dan berwawasan

Mengangkat matlamat pendidikan

Dengan tekad kemejadian insan

Gedung ilmu mendidik kami semua

Generasi pewaris negara

Sepakat ikrar melaksana

Ilmu budi bijaksana

Matematik teras utama

Meneraju pendidikan berkualiti

Melahirkan warga berguna

Kepada agama bangsa dan negara

Kami berjanji

Akan menjulang nama mu

Dipersada pendidikan negara

Bertaraf pendidikan dunia

Alamat sunting

Sekolah Menengah Sains Gua Musang 18300, Gua Musang, Kelantan

Telefon : 09-912 3698