Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) merupakan sebuah kolej matrikulasi kejuruteraan yang terletak di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor.[1] Kolej ini merupakan antara tiga kolej matrikulasi kejuruteraan yang terdapat di Malaysia.

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
كوليج ماتريكولسي كجوروترأن جوهر
MotoDi Sini Lahir Teknokrat Negara
Ditubuhkan pada1 Januari 2004 (STEPO)
1 Januari 2010 (KMTJ)
3 Mei 2018 (KMKJ)
PengarahEn. Zakaria bin Jadi
Lokasi
Laman sesawangwww.kmtj.matrik.edu.my

Latar BelakangSunting

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) (dahulu dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Teknikal Johor), terletak di sebuah kawasan di Kampung Rambah, Mukim Rimba Terjun dalam daerah Pontian. Kolej ini merupakan antara 13 buah kolej matrikulasi di bawah naungan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti tempatan atau luar negara. Kolej ini mula beroperasi pada 11 Mei 2009 dan mampu menampung sehingga 700 orang pelajar. Kolej ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar Pontian yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar besar seperti Batu Pahat dan Johor Bahru.

Kolej ini merupakan antara tiga kolej matrikulasi kejuruteraan yang terdapat di Malaysia. Selain kolej ini, kolej matrikulasi kejuruteraan terdiri daripada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) di mana semua kolej kejuruteraan tersebut berada di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kumpulan pelajar pertama seramai 89 orang pelajar telah mendaftar pada 11 Mei 2009 di mana ketika itu, kolej ini masih berkongsi bangunan yang sama dengan 350 orang kumpulan terakhir pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Pontian (STEPO). Penubuhan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ) secara rasminya adalah pada 1 Januari 2010 setelah Sekolah Menengah Teknik Pontian ditutup pada 31 Disember 2009. Kemudian, KMTJ telah ditukar nama menjadi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) pada 3 Mei 2018. Kini KMKJ diterajui oleh En. Zakaria Bin Jadi. Beliau dibantu oleh empat orang Ketua Jabatan, empat orang Penolong Pengarah, Pensyarah dan staf-staf sokongan.

SejarahSunting

1. Sekolah Menengah Teknik Pontian (STEPO) - (2004-2009)
2. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ) - (2009-2018)
3. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) - (2018-kini)

Visi dan MisiSunting

Visi

Peneraju Unggul Pendidikan Matrikulasi Teknikal

Misi

Menyediakan Modal Insan Yang Kreatif, Inovatif dan Kompetetif Dalam Bidang Sains, Teknologi dan Profesional Melalui Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21

AlamatSunting

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM.5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun,
82000 Pontian,
Johor Darul Ta'zim,
Malaysia

RujukanSunting

Pautan luarSunting