Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat atau nama ringkasnya SRAB Segamat, merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang terletak di Jalan Emas 8, Taman Bukit Baru, Bukit Siput, 85020, Segamat, Johor. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor.
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Emas 8, Taman Bukit Baru, Bukit Siput,, 85020, Segamat, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah agama, Sekolah kerajaan |
Moto | Membentuk Insan Bertaqwa |
Nombor sekolah | 079436266 |
Kod sekolah | JCT7001 |
Pengerusi PIBG | En. Johari bin Marsan |
Guru besar | Pn. Fuzillah binti Mahad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Hjh. Norshakilla binti Hj. Mahad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Fatimahawa binti Muhammad |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Zainudin bin Ahmad |
Faks | 079433566 |
Pada tahun 2019, enrolmen murid di sekolah ini adalah seramai 228 orang murid lelaki dan 229 orang murid perempuan dengan keseluruhan 457 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dengan tenaga pengajar seramai 29 orang terdiri daripada 9 orang guru lelaki dan 20 orang guru perempuan serta dua orang AKP.
Terdapat 12 kelas secara keseluruhannya iaitu dua kelas bagi setiap tahun dengan nama-nama yang berbeza iaitu 1 Bukhari, 1 Muslim, 2 Ghazali, 2 Nasaie, 3 Hanafi, 3 Syafie, 4 Hambali, 4 Hanafi, 5 Nawawi, 5 Tirmidzi, 6 Abu Mansur dan 6 Fakhrurazi. Berikut merupakan enrolmen murid pada Januari 2019.
Kelas | L | P | Jumlah |
---|---|---|---|
1 Bukhari | 20 | 20 | 40 |
1 Muslim | 20 | 20 | 40 |
2 Ghazali | 20 | 19 | 39 |
2 Nasaie | 19 | 21 | 40 |
3 Hanafi | 17 | 21 | 38 |
3 Syafie | 19 | 20 | 39 |
4 Hambali | 20 | 19 | 39 |
4 Maliki | 20 | 20 | 40 |
5 Nawawi | 20 | 13 | 33 |
5 Tirmidzi | 17 | 19 | 36 |
6 Abu Mansur | 18 | 18 | 36 |
6 Fakhrurazi | 18 | 19 | 37 |
Jumlah | 228 | 229 | 457 |
Sejarah sunting
SRAB Segamat telah memulkaan operasi pada tahun 4 Januari 1999 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bandar Segamat. pada waktu itu, bilangan murid hanyalah seramai 84 orang dengan enam orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Mohd Ikhsan bin Hj. Jaapar, Ustaz Nazaruddin bin Hj. Ahmad, Ustazah Zaleha binti Yusof, Ustazah Fuzillah binti Mahad, Ustazah Nora binti Ngadio dan Ustazah Zaliza binti Dahlan.
Pada tahun 2001, SRAB Segamat berpindah ke sebuah bangunan tetap di Taman Bukit Baru, Bukit Siput, Segamat seluas 1 hektar yang merangkumi sebuah bangunan 4 tingkat, sebuah kantin dan sebuah padang.
Sejak ditubuhkan, SRAB segamat menggunakan Bahasa Melayu sebagai baahsa pengantar. Seiring dengan nama Sekolah Rendah Agama Bersepadu, SRAB Segamat menyepadukan dua kurkulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (pada ketika itu) dan Kurikulun Sekolah Agama Kerajaan Johor (KSAKJ). Masa pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali pada hari Jumaat (1.00 tengah hari).
Selaras dengan perubahan cuti mingguan sektor kerajaan daripada hari Ahad kepada hari Jumaat, sesi persekolahan SRAB bermula pada hari Ahad hingga Khamis dengan sesi pembelajaran kekal dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari Khamis (hingga 1.00 tengah hari).
Sepanjang 19 tahun penubuhannya, SRAB Segamat telah memiliki lima orang guru besar. Jadual berikut menunjukkan senarai nama guru besar yang pernah memimpin SRAB Segamat.
Bil. | Nama Guru Besar | Tahun |
---|---|---|
1 | Ustaz Ikhsan bin Jaapar | 1999-2001 |
2 | Ustaz Mohamad Nazaruddin bin Ahmad | 2001-2009 |
3 | Ustazah Milah binti Yoot | 2009-2011 |
4 | Ustazah Hjh. Munjiah binti Mohd Musuri | 2011- Julai 2017 |
5 | Ustazah Fuzillah binti Mahad | Oktober 2017 - Kini |
Pencapaian Akademik sunting
Seperti sekolah-sekolah kerajaan yang lain, SRAB Segamat turut mempunyai calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Selain itu, murid tahun 6 juga perlu menduduki Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) pada tahun yang sama. Berikut merupakan pencapaian UPSR dan SDEA SRAB Segamat.
Tahun | GPS | 6A | 5A/4A |
---|---|---|---|
2010 | 2.03 | 20 | |
2011 | 1.79 | 24 | |
2012 | 2.15 | 9 | |
2013 | 1.87 | 21 | |
2014 | 1.90 | 23 | |
2015 | 1.59 | 21 | |
2016 | 2.47 | 0 | 6 |
2017 | 2.32 | 0 | 5 |
2018 | 3 | 10 |
Tahun | GPS | 9A | 8A/7A/6A |
---|---|---|---|
2010 | 3.06 | 1 | 3 |
2011 | 3.15 | ||
2012 | 3.29 | 1 | 3 |
2013 | 2.89 | 4 | |
2014 | 2.72 | 3 | 4 |
2015 | 2.09 | 1 | 13 |
2016 | 1.79 | 3 | 20 |
2017 | 1.91 | 2 | 8 |
2018 | 2.46 | 6 |
Sementara itu, murid Tahun 5 pula perlu menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijalankan pada bulan Oktober setiap tahun. Berikut pula adalah pencapaian UPKK calon SRAB segamat.
Tahun | GPS | 8A | 7A | 6A |
---|---|---|---|---|
2014 | 1.37 | 17 | 11 | 9 |
2015 | 1.22 | 31 | 17 | 10 |
2016 | 1.159 | 42 | 8 | 9 |
2017 | 1.156 | 34 | 12 | 9 |
2018 | 1.247 | 22 | 23 | 11 |
Pencapaian Koakademik / Kokurikulum sunting
2018 sunting
Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM sunting
- Johan Keseluruhan Peringkat Zon Bandar - 8 Johan, 1 Naib Johan, 1 Saguhati
- Johan Keseluruhan Peringkat Daerah Segamat - 6 Johan, 2 Ketiga, 1 Saguhati
- Peringkat Negeri Johor - 1 Johan, 1 Naib Johan, 1 Saguhati
- Peringkat Kebangsaan - 1 Saguhati
Perujian Membaca Al-Quran Sekolah Agama Kerajaan Johor sunting
- Johan Keseluruhan Peringkat Zon 2 - 11 Johan, 2 Naib Johan, 1 Ketiga
- Johan Keseluruhan Peringkat Daerah Segamat - 7 Johan, 3 Naib Johan, 3 Ketiga
- Johan Keseluruhan Peringkat Negeri Johor - 4 Johan, 1 Naib Johan, 1 Ketiga, 3 Saguhati
Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama Bersepadu sunting
- Johan Keseluruhan Peringkat Negeri - 7 Johan, 1 Naib Johan, 3 Ketiga
Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM sunting
- Peringkat Daerah Segamat - Johan Kompang Selawat (Anugerah Emas Kompang, Anugerah Persembahan Terbaik)
- Peringkat Negeri Johor - Johan Seni Khat Puteri, Johan Kompang Selawat
- Peringkat Kebangsaan - Naib Johan Seni Khat Puteri, Naib Johan Kompang Selawat
Karnival Bahasa Melayu sunting
- Peringkat Negeri - Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
- Peringkat Daerah - Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2, Naib Johan Pesta Pantun
- Peringkat Zon - Johan & Naib Johan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2, Ke-4 Pidato, Separuh Akhir Sahibba
Karnival Kebitaraan Bahasa Melayu sunting
- Peringkat Negeri - Naib Johan Pintar Bercerita Mutiara Selatan, Saguhati Bicara Berirama
- Peringkat Daerah - Johan Bicara Berirama (Konduktor Terbaik, Persembahan Terbaik, Skrip Terbaik)
Karnival Bahasa Inggeris sunting
- Peringkat Negeri - Naib Johan Choral Speaking
- Peringkat Daerah - Johan Choral Speaking (Konduktor Terbaik), Naib Johan Poetry Recitation
- Peringkat Zon - Naib Johan Poetry Recitation
Karnival Science Technology Engineering Mathematics (STEM) sunting
- Peringkat Negeri Johor - Ketiga Bercerita STEM, Saguhati Action Song
Bola Baling sunting
- Johan Pertandingan Bola Baling P11 Karnival Kokurikulum Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan
- Johan Kejohanan Bola Baling Terbuka L11 Negeri Johor
- Naib Johan Kejohanan Bola Baling MSSD Segamat
- Naib Johan Sirkit 4 Penjuru L12
- Ketiga Kejohanan Piala Guru Besar L12
- Ketiga Piala Presiden L11
- Ketiga Kejohanan Piala Presiden L12
- Suku Akhir MSS Johor
- Suku Akhir Mutiara Handball Championship Cup
Catur sunting
- Johan L12 MSSK Selatan
- Johan L12 MSSD Segamat
- Naib Johan P12 MSSD Segamat
- Festival Catur Putrajaya
- Grand Asian Chess Challenge
Memanah sunting
- Johan P12 MSSD Segamat
- Ke-3 MSS Johor
- Ke-7 Kejohanan Sirkit Kebangsaan Bil.1/2018
- Johan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Bil.2/2018
- Kejohanan Piala Nusantara, Pulau Batam, Indonesia
Silat Seni sunting
- Ketiga Seni Tari P12