Senarai watak Nisekoi

Berikut adalah watak-watak dalam siri manga dan anime Nisekoi.

Dari kiri ke kanan: Chitoge Kirisaki, Raku Ichijo, Kosaki Onodera, Haru Onodera, Marika Tachibana, Suzu Ayakaji (Fuu), Seishiro Tsugumi, Paula McCoy, Ruri Miyamoto dan Shu Maiko

Watak utama sunting

  • Raku Ichijo (Jepun: 一条 楽, Hepburn: Ichijō Raku)
    Disuarakan oleh: Kouki Uchiyama (CD drama, anime),[1] Yoshitsugu Matsuoka (vomic), Azizul Sani Salleh (anime, alih suara)
    Raku merupakan pelajar sekolah menengah tinggi bercita-cita mencari pekerjaan biasa selepas tamat pengajian dan tidak mahu menjadi pewaris ketua puak Shuei. Sikapnya berfikiran positif dan sangat altruistik kecuali seseorang itu tidak hormat menyebabkan Raku naik angin. Raku mempunyai stamina yang kuat dan sangat mahir memasak sebanyak sedozen untuk keluarganya yang amat ramai. Raku juga terpaksa menjadi teman wanita kepada Chitoge selama tiga tahun untuk menghentikan peperangan antara kumpulan puak Shuei dan kumpulan Beehive. Raku sangat minat Kosaki semenjak sekolah menengah rendah dan yakin bahawa Kosaki ialah perempuan misteri pada 10 tahun yang lalu tetapi Raku membuat keputusan mencintai Chitoge bukan Kosaki.
  • Chitoge Kirisaki (Jepun: 桐崎 千棘, Hepburn: Kirisaki Chitoge)
    Disuarakan oleh: Nao Toyama (CD drama, anime),[1] Haruka Tomatsu (vomic), Atiqahzawani Jaiman (anime, alih suara)
    Chitoge merupakan rakan sekelas Raku bersikap pemarah dan sekali-kala bersikap pemalu. Chitoge terpaksa menjadi teman wanita Raku selama tiga tahun. Ibunya warga Jepun kini bekerja di New York dan ayahnya warga Amerika Syakirat yang kini berada di Jepun. Chitoge aktif aktiviti sukan, cerdik dan matanya sangat tajam pelihatan. Chitoge amat fasir bahasa inggeris dan bahasa jepun. Chitoge dan Raku pada asalnya sering bergaduh, lama-kelamaan Chitoge jatuh cinta kepada Raku. Chitoge merupakan pemegang kunci asal sebelum ditukarkan kepada Kosaki.
  • Kosaki Onodera (Jepun: 小野寺 小咲, Hepburn: Onodera Kosaki)
    Disuarakan oleh: Kana Hanazawa (CD drama, anime),[1] Nurdianah Shamsuddin (anime, alih suara)
    Kosaki merupakan rakan sekelas Raku bersikap pemalu dan jujur. Kosaki merupakan anak kepada chef kuih manisan jepun dan kakak kepada Haru. Kosaki mempunyai inspirasi yang sangat tinggi sebagai contoh sangat mahir membuat hiasan kuih manisan dan membina istana pasir tetapi tidak mempunyai kemahiran memasak menyebabkan seseorang itu makan masakannya menyebakan masuk ke hospital akibat keracunan makanan. Kosaki sangat menyukai Raku dan ingin bersaing kuat antara Chitoge dan Marika untuk merebut Raku. Kosaki memiliki kunci sebenar untuk membuka loket kepunyaan Raku. Akhirnya Kosaki membuat keputusan untuk putus asa dan beri peluang Raku merapatkan hubungan cinta antara Chitoge.

Watak sampingan sunting

  • Seishiro Tsugumi (Jepun: 鶫 誠士郎, Hepburn: Tsugumi Seishirō)
    Disuarakan oleh: Mikako Komatsu (Bahasa Jepun), Nirayu Zuhdi (Bahasa Melayu)
    Seishiro merupakan rakan sekelas Raku bersikap ganas dan malu ketika berdepan Raku. Walaupun dia seorang perempuan, dia bersikap seperti lelaki. Ketika berdepan Raku sikap kelelakiannya berubah seperti perempuan biasa. Seishiro juga merupakan kawan karib kepada Chitoge.
  • Marika Tachibana (Jepun: 橘 万里花, Hepburn: Tachibana Marika)
    Disuarakan oleh: Kana Asumi (Bahasa Jepun), Noorhayati Maslini (Bahasa Melayu)
    Marika merupakan rakan sekelas Raku dan menganggap Raku sebagai tunangnya.
  • Ruri Miyamoto (Jepun: 宮本 るり, Hepburn: Miyamoto Ruri)
    Disuarakan oleh: Yumi Uchiyama (Bahasa Jepun), Suzie Abdul Ghanie (Bahasa Melayu)
    Ruri merupakan rakan sekelas Raku. Ruri juga merupakan kawan karib Kosaki.
  • Shuu Maiko (Jepun: 舞子 集, Hepburn: Maiko Shū)
    Disuarakan oleh: Yuki Kaji (Bahasa Jepun), Mohamed Feroz Faisal (Bahasa Melayu)
    Shuu merupakan rakan sekelas Raku dan kawan karib Raku ketika tadika. Shu sering dibelasi oleh Seishiro dan Ruri. Shuu ambil tahu hal orang lain sebagai contoh ingin tahu adakah hubungan antara Raku dan Chitoge itu palsu atau sebaliknya juga Raku menyukai Kosaki atau Chitoge.
  • Haru Onodera (Jepun: 小野寺 春, Hepburn: Onodera Haru)
    Disuarakan oleh: Ayane Sakura (Bahasa Jepun), Azeera Nazir (Bahasa Melayu)
    Adik kepada Kosaki. Sikapnya sama dengan kakak dan emaknya. Pada asalnya Haru tidak menyukai Raku sebab Raku anak kepada ketua yakuza dan Haru tidak boleh biarkan Raku rapat dengan kakaknya. Pada selepas itu, hubungan persahabatan antara Haru dan Raku semakin rapat dan tidak bermusuh lagi.
  • Paula McCoy (Jepun: ポーラ・マッコイ, Hepburn: Pōra Makkoi)
    Disuarakan oleh: Manami Numakura (Bahasa Jepun), Noorhayati Maslini (Bahasa Melayu)
    Paula merupakan rakan sekelas Haru dan pembunuh upahan untuk kumpulan Beehive.
  • Yui Kanakura (Jepun: かなくら ユイ, Hepburn: Kanakura Yui)
    Yui merupakan guru kelas 3-C dan kawan Raku, Chitoge, Kosaki, Marika dan Haru.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c ""Nisekoi" Anime Slated For January 2014". Crunchyroll. 22 Ogos 2013. Dicapai pada 19 Mac 2014.