Sesame Street ialah satu siri televisyen kanak-kanak buatan Amerika Syarikat yang berbentuk pendidikan dan juga salah satu perintis kelaziman televisyen pendidikan kontemporari yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan hiburan. Sesame Street terkenal kerana watak-watak Muppetnya rekaan Jim Henson. Siri ini ditayangkan buat julung kalinya pada 10 November 1969, menjadikannya rancangan kanak-kanak paling lama dalam televisyen Amerika Syarikat. Rancangan ini diterbitkan di AS oleh pertubuhan bukan untung Sesame Workshop (dahulunya Children's Television Workshop (CTW)), yang diasaskan oleh Joan Ganz Cooney dan Ralph Rogers.

Sesame Street
PenciptaJoan Ganz Cooney
Lloyd Morrisett
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bilangan musim40
Bilangan episod4,200
Penerbitan
LokasiManhattan, Bandaraya New York
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Sesame Workshop
Jim Henson Productions
Magnetic Dreams Animation (kesan visual)
Penyiaran
Saluran asalPBS
Format gambar4:3 (SDTV) 1969-2007 16:9 (HDTV) 2008-Present
Siaran asalNovember 10, 1969 – Present
Laman sesawang

Oleh sebab pengaruh positifnya, Sesame Street menjadi salah satu rancangan berpendidikan yang paling disanjungi untuk tatapan kanak-kanak di dunia.[1] Tiada satu pun siri TV lain yang pernah dapat menandingi tahap pengiktirafan dan kejayaannya di peringkat antarabangsa. Siri Sesame Street yang asal telah disiarkan di lebih 120 negara, di samping diterbitkan juga 25 rancangan lain yang diadaptasi darinya.[2] Sehingga tahun 2006, siri ini telah meraih 109 Anugerah Emmy, menjadikannya rancangan TV yang paling banyak meraih anugerah ini secara keseluruhan.[3] Kira-kira 77 juta penduduk Amerika pernah menonton siri ini sewaktu zaman kanak-kanak;[4] ditayangkan di 120 negara, Sesame Street menjadi rancangan kanak-kanak yang paling ditontoni ramai di dunia.[4]

Sesame Street menggabungkan animasi, boneka, dan pelakon sebenar untuk merangsang minda si kecil, mengembangkan pengenalan huruf dan kata, aritmetik asas, bentuk geometro, pengelasan, penyelesaian masalah mudah, dan sosialisasi mereka dengan memaparkan kehidupan seharian kanak-kanak atau semua lapisan masyarakat. Semenjak episod pertama lagi, ada lagi tujuan-tujuan pendidikan lain seperti kemahiran hidup asas seperti cara keselamatan jalan raya, kebersihan diri, pemakanan sihat, dan kemahiran bersosial.

Sesame Street memaparkan unsur humor halus yang juga menarik perhatian penonton lebih tua semenjak julung kali ditayangkan; ini merupakan kaedah menarik ibu bapa dan abang kakak menonton rancangan ini bersama si kecil, sekaligus melibatkan diri dalam proses pembelajaran tanpa perlu menyerahkan tugas penjagaan si kecil kepada Sesame Street. Dalam rancangan ini juga terdapat beberapa aksi parodi yang mengajuk budaya popular, khususnya yang mengajuk rancangan rangkaian Perkhidmatan Penyiaran Awam yang menyiarkan rancangan ini di Amerika Syarikat.

Siri ini berjaya memasuki sebilangan senarai penghargaan terbitan akhbar dan majalah, termasuk kompilasi rancangan terbaik sepanjang zaman oleh TV Guide[5] dan Entertainment Weekly. Hasil kaji selidik pada tahun 1996 mendapati 95% pelajar tadika Amerika sudah menonton Sesame Street apabila mencecah usia tiga tahun.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Karen Barss et al., "Enhancing Education: A Children's Producer's Guide: Sesame Street: Case Study Diarkibkan 2007-08-24 di Wayback Machine", Corporation for Public Broadcasting (dicapai pada 29 Jun 2005)
  2. ^ Carvajal, Doreen (2005-12-12). "Sesame Street goes global: Let's all count the revenue". New York Times. Dicapai pada 2008-09-28.
  3. ^ Hill, Lee Alan (2006-05-08). "Sesame Street's streak unbroken". Television Week. 25 (19): 18–20.
  4. ^ a b Friedman, Michael Jay (2006-04-08). "Sesame Street Educates and Entertains Internationally". America.gov. U.S. Department of State Bureau of International Information Programs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 2008-10-09.
  5. ^ Associated Press (2002-04-26). "TV Guide names top 50 shows". CBS News. Dicapai pada 2008-09-28.
  6. ^ Fisch, p. xvi

Pautan luar sunting