Sherrill Milnes, lahir pada Januari 10, 1935, ialah penyanyi bariton opera dari Amerika Syarikat yang terkenal dalam peranan-peranan gubahan penggubah Giuseppe Verdi. Dari pertengahan tahun 1960an sehingga tahun 1997, beliau kerap dikaitkan dengan salah sebuah rumah opera terkenal dunia, Metropolitan Opera yang terletak di bandaraya New York.

Beliau memiliki suara bariton tinggi dan legato yang kemas dengan satu gaya berirama yang tajam; tambahan pula dengan paras rupa yang tampan dan penampilan yang segak . Beliau membuat penampilan yang pertama di Metropolitan Opera pada tahun 1965. Tidak lama selepas itu, Milnes membuat persembahan antarabangsa menjadikan beliau bariton Verdi yang amat terkenal pada tahun-tahun 70an dan 80an.

Beliau adalah seorang artis yang amat kreatif; kerap membuat persembahan dan rakaman bersama Plácido Domingo dan Luciano Pavarotti.

Masa muda

sunting

Milnes dilahirkan di Downers Grove, Illinois, anak kepada peladang ternakan lembu. Beliau mula menunjukkan bakat dan minat terhadap pelbagai jenis musik dari kecil lagi. Selain dari bakat nyanyian, beliau juga mahir bermain banyak jenis alat-alat muzik seperti piano, biola, viola, bes berkembar, klarinet, dan tuba. Walaupun pada masa itu, minat nyanyian beliau masih tidak kearah nyanyian opera, namun beliau dikatakan kerap menyanyi kepada lembu-lembu bapanya, dan pernah sekali mencuba menbuat cara "ketawa" ala opera.

Milnes belajar muzik di Drake University dan Northwestern University, dengan cita-cita untuk menjadi seorang guru muzik. Namun, segala-galanya bertukar setelah tamat pengajian, apabila beliau menjadi perintis di Santa Fe Opera.

Karier

sunting

Milnes memulakan karier opera bersama Boston Opera Company pada tahun 1960. Beliau menyertai teater opera anjuran Boris Goldovsky, dan membuat debut sebagai Masetto dalam Don Giovanni. Pada tahun 1961, beliau membuat debut di Baltimore Opera sebagai Gérard dalam André Chénier.

Pada tahun 1964, Milnes membuat persembahan opera Faust gubahan penggubah Charles Gounod, memegang peranan Valentin di New York City Opera. Peranan itu juga merupakan peranan yang beliau persembahkan untuk debut beliau di Metropolitan Opera pada tahun 1965.

Semenjak dari itu, Milnes telah membuat banyak persembahan di rumah-rumah opera terkenal dunia. Namun begitu, persembahan Milnes di dalam opera gubahan Verdi yang berjudul Luisa Miller pada tahun 1968 adalah persembahan yang membuat beliau terkenal di peringkat antarabangsa.

Pada awal tahun 80an, Milnes mula menghadapi masalah suara namun beliau kerap cuba atasinya. Walaupun beliau masih aktif menyanyi sehingga ke hari ini, jumlah persembahan beliau sudah mula berkurangan. Milnes kini merupakan Professor emeritus dalam bidang vokal di Universiti Northwestern.

Diskografi

sunting
  • Essential Opera
  • A Grand Night for Singing (Mormon Tabernacle Choir, Columbia Symphony – Ottley, dll)
  • Opera's Greatest Duets
  • Sherrill Milnes at the Met

Audio CD

sunting

- 1967 -

  • Mozart: Cosi fan tutte (bersama L. Price, Troyanos, Raskin, Shirley, Flagello – Leinsdorf, dll)
  • Verdi: La Traviata (bersama Caballé, Bergonzi – Pretre, dll)

- 1968 -

  • R. Strauss: Salome (bersama Caballé, R. Lewis, Resnik, J. King – Leinsdorf, dll)

- 1969 -

- 1970 -

  • Verdi: Aida (bersama L. Price, Domingo, Bumbry, Raimondi – Leinsdorf, dll)
  • Verdi: Macbeth (bersama Ludwig, Cossutta – Boehm, dll) Rakaman langsung

- 1971 -

- 1972 -

- 1973 -

  • Domingo Conducts Milnes – Milnes Conducts Domingo
  • Puccini: Tosca (bersama L. Price, Domingo – Mehta, dll)

- 1974 -

- 1975 -

- 1976 -

  • Giordano: Andrea Chenier (bersama Scotto, DomingoLevine, dll)
  • Verdi: Macbeth (bersama Cossotto, Carreras, Raimondi – Muti, dll)
  • Massenet: Thais (bersama Sills, Gedda, van Allan – Maazel, dll)

- 1977 -

- 1978 -

- 1980 -

  • Massenet: Le Roi de Lahore (bersama Sutherland, Lima, Giaurov, Morris, Tourangeau – Bonynge, dll)

- 1981 -

  • Ponchielli: La Gioconda (bersama Caballé, Baltsa, Pavarotti, Ghiaurov – Bartoletti, dll)

- 1986 -

  • Ponchielli: La Gioconda (bersama Marton, Ramey, Lamberti; Patane, dll)

- 1990 -

  • Faure: Requiem (bersama Te Kanawa – Dutoit, dll)

- 1992 -

  • Orff: Carmina Burana (bersama Mandac, Kolk – Ozawa, dll)

- 2001 -

  • Wolf-Ferrari: Sly (bersama Carreras, Kabatu – Gimenez, dll)

Recital

sunting
  • Sherrill Milnes in Recital, Volume 1, "There but for You Go I" (Jon Spong, piano)
  • Sherrill Milnes in Recital, Volume 2, "Kingdom by the Sea" (Jon Spong, piano)
  • Met Legends: Sherrill Milnes
  • Grandi Voci: Arias (de la Fuente, dll)
  • The Baritone Voice
  • Copland: Old American Songs
  • Griffes: Four German Songs; Songs of the Dagger (Ozawa, dll)

- 1976 -

- 1983 -

- 1984 -

- 1985 -

  • Verdi: Nabucco (bersama Bumbry, Cortez, Raimondi – Santi, dll)
  • Sherrill Milnes: An All-Star Gala (bersama penyanyi lain)

- 1986 -

  • Sherrill Milnes at Juilliard: An Opera Master Class

- 1988 -

- 1989 -

- 1991 -

  • Met's 25th Anniversary Gala at Lincoln Center (bersama penyanyi lain)

- 1996 -

  • James Levine 25th Anniversary Gala (bersama penyanyi lain)

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting