Sherwood Charles Schwartz (14 November 1916 – 12 Julai 2011) merupakan penerbit eksekutif televisyen Amerika Syarikat. Beliau bekerja untuk rancangan radio pada tahun 1940-an dan mencipta siri televisyen Gilligan's Island untuk CBS dan The Brady Bunch untuk ABC. Pada 7 Mac 2008, Schwartz menerima bintang di Laluan Kemasyhuran Hollywood atau dikenali sebagai Hollywood Walk of Fame.[1] Pada tahun yang sama, beliau dimasukkan ke dalam Television Hall of Fame.[2]

Sherwood Schwartz
Schwartz, 2008
Kelahiran
Sherwood Charles Schwartz

(1916-11-14)14 November 1916
Meninggal duniaJulai 12, 2011(2011-07-12) (umur 94)
DikebumikanHillside Memorial Park, Culver City, California
PekerjaanPenerbit televisyen, penulis skrip
Tahun aktif1938–2011
PasanganMildred Seidman (k. 1941)
Anak-anakDonald (lahir 26 Mei 1943)
Lloyd (lahir 2 Mei 1946)
Ross Schwartz (lahir 9 Ogos 1949)
Hope Juber (lahir 30 Mac 1956)

Kerjaya dunia hiburan Schwartz datang tanpa dirancang. Beliau berpindah dari New York ke selatan California untuk mendapatkan Sarjana Sains dalam Biologi. Beliau yang memerlukan pekerjaan telah memulakan penulisan jenaka untuk program radio Bob Hope. Hope menyukai jenaka-jenaka Schwartz yang digunakan Hope untuk rancangannya. Hope telah meminta Schwartz untuk menyertai kakitangan penulisan dan Schwartz telah bersetuju.[3]

Pada 12 Julai 2011, Sherwood Schwartz telah disahkan meninggal dunia dalam tidur sebab semula jadi.[4] Beliau meninggalkan seorang balu, Mildred Schwartz, empat orang anak, 9 orang cucu dan 5 orang cicit. [5] Beliau dikemubikan di Taman Peringatan Hillside di Culver City, California.[6]

Filemografi sunting

Siri Tahun Peranan
The Bob Hope Show 1938–1942 Penulis untuk versi radio
The Adventures of Ozzie and Harriet 1940an Penulis untuk versi radio
The Alan Young Show 1940an Penulis untuk versi radio
I Married Joan 1952–1955 Penulis
The Red Skelton Show 1956–1962 Penulis
My Favorite Martian 1963 Penyelia skrip
Gilligan's Island 1964–1967 Penulis, penerbit, pencipta
It's About Time 1966–1967 Penulis, penerbit, pencipta
The Brady Bunch 1969–1974 Penulis, penerbit, pencipta
Dusty's Trail 1973–1974 Penulis, penerbit, pencipta
Big John, Little John 1976 Penerbit
Harper Valley PTA 1981–1982 Penulis, penerbit
Together We Stand 1986–1987 Penulis penerbit


Rujukan sunting

  1. ^ "Brady Bunch & Gilligan's Island Creator Receives Hollywood Walk of Fame Star". TV Series Final. March 7, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-09. Dicapai pada 2008-03-27.
  2. ^ "Television Hall of Fame Honorees: Complete List".
  3. ^ "Sherwood Schwartz Dead at 94". Hollywood Hiccups. 2011-07-12.
  4. ^ "Sherwood Schwartz, creator of 'The Brady Bunch' and 'Gilligan's Island', dies at age 94". Washington Post. July 12, 2011. Dicapai pada 2011-07-12.[pautan mati kekal]
  5. ^ "'Gilligan's Island', 'Brady Bunch' creator Sherwood Schwartz Dies". USA Today. Retrieved 2011-07-12
  6. ^ Sherwood Schwartz di Find a Grave

Pautan luar sunting