Shimosuwa-shuku (Jepun: 下諏訪宿, Hepburn: Shimosuwa-shuku) ialah stesen yang kedua puluh sembilan dari enam puluh sembilan stesen Nakasendō, serta menjadi lokasi penamat untuk Kōshū Kaidō. Ia terletak di bandar yang kini dikenali sebagai Shimosuwa, Daerah Suwa, Wilayah Nagano, Jepun.

Cetakan Hiroshige tentang Shimosuwa-shuku, sebahagian daripada siri The Sixty-nine Stations of the Kiso Kaidō
Tasik Suwa

Sejarah sunting

Ia mula dibina sekitar 1601.[1] Shimosawa-shuku berkembang pesat sebagai bandar pos kerana ia terletak di antara dua laluan gunung yang sukar, Wada Pass dan Shiojiri Pass. Onsen di bandar ini menjadikannya kawasan rehat yang banyak digunakan pengunjung.[1] Ia juga berfungsi sebagai pintu masuk ke Suwa Taisha.

Rekod menunjukkan bahawa pada tahun 1843, Shimosuwa-juku mempunyai 1,345 penduduk dan 315 bangunan. Di antara bangunan itu, terdapat satu honjin, satu sub- honjin, dan 40 hatago.[perlu rujukan]

Bandar pos jiran sunting

Nakasendō
Wada-shuku - Shimosuwa-shuku - Shiojiri-shuku
Kōshū Kaidō
Kamisuwa-shuku - Shimosuwa-shuku (lokasi penamat)

Rujukan sunting

  1. ^ a b Shimosuwa-shuku Aruki-net Diarkibkan 2007-07-17 di Wayback Machine. Shimosuwa Chamber of Commerce. Accessed July 16, 2007.

Koordinat: 36°04′34.9″N 138°05′25.7″E / 36.076361°N 138.090472°E / 36.076361; 138.090472