Shukry Mohd Salleh

Tan Sri Shukry Mohd Salleh (60 tahun) merupakan ketua setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mulai 16 April 2015. Sebelum ini beliau ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Shukry menggantikan Allahyarham Datuk Azlin Alias yang terkorban dalam kejadian helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April 2015.

Shukry berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 37 tahun dan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 19 September 1977.

Pendidikan sunting

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Dasar Sosial, University of Hull, Britain dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik , Universiti Sains Malaysia.

Kerjaya sunting

Shukry berpengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan, pembangunan serta pengurusan di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan menerusi kerjaya perkhidmatannya selama ini. Beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan; Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah; Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah UPP Jabatan Perdana Menteri pada 25 September 2009.

Sementara itu , Ketua Pengarah Unit Pemulihan Pasca Banjir JPM Datuk Ahmad Zaki Anrose Mohd Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah UPP bagi menggantikan Shukry juga berkuat kuasa pada 16 April 2015. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Shukry Mohd Salleh dilantik ketua setiausaha sulit PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-15. Dicapai pada 2015-04-15.