Sijil Organik Malaysia

Skim Organik Malaysia atau lebih dikenali sebagai SOM merupakan satu skim pensijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik. Ladang-ladang yang diiktiraf diperakui diusahakan secara organik dengan mematuhi kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia.[1]

Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods. Piawaian ini juga merangkumi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan untuk pengawalan hazard yang mempunyai impak terhadap alam sekitar, keselamatan makanan dan kesihatan dan keselamatan pekerja berdasarkan peruntukan undang-undang berkaitan.

Faedah-faedah SOM sunting

Pada dasarnya terdapat beberapa faedah apabila amalan perladangan ini dilaksanakan oleh para pekebun/peladang yang dibahagikan kepada 3 kelompok sasaran utama

Faedah kepada pengeluar sunting

Segala hasil yang dikeluarkan oleh ladang yang memiliki SOM diiktiraf sebagai produk organik dan layak menggunakan label Organik Malaysia. Label yang diberikan ini memberikan kelebihan kepada produk tersebut untuk dijual di dalam kategori produk organik dan dinilai pada harga yang setimpal

Faedah kepada pengguna sunting

Label Organik Malaysia memudahkan pengguna mengenali produk yang diiktiraf sebagai organik dan yang tidak diiktiraf. Ini mampu memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk tersebut benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini.

Faedah kepada alam sekitar dan pekerja sunting

Memandangkan di dalam SOM penggunaan baja dan bahan racun kimia adalah dilarang sama sekali, secara langsung menghindarkan pekerja daripada sebarang kemungkinan ancaman terhadap sebarang jenis bahan kimia. Larangan terhadap penggunaan baja berasas kimia sebenarnya secara tidak langsung membantu mengawal pencemaran alam sekitar terutama kerosakan terhadap tanah

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting