Siput merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cangkerang yang berputar. Siput tidak bertulang belakang (invertebrat). Siput mempunyai kulit cangkerang yang keras. Haiwan gastropoda lain yang tidak mempunyai cangkerang dikenali sebagai lintah bulan. Siput terdapat di air tawar, air masin, dan di daratan.

Siput
frames
Pengelasan saintifik

Biologi sunting

Siput bergerak seperti cacing dengan menukar pengecutan badan bergilir-gilir dengan menjangkau, pada kelajuan yang perlahan. Siput sering dijadikan perbandingan dengan sesuatu yang perlahan seperti "Perlahan seperti siput".

Siput menghasilkan lendir untuk membantu pergerakan dengan mengurangkan geseran. Lendir juga mengelakkan siput dari cedera dan membantu menjauhi serangga berbahaya seperti semut. Pada musim sejuk, sesetengah siput di negara sejuk bertapa-rehat di dalam cangkerang mereka dengan menutup bukaan cangkerang dengan kerangka nipus seperti piring yang dibina khusus untuk tujuan ini. Kerangka nipus ini akan dimusnahkan pada musim bunga.

Makanan sunting

Siput dimakan di beberapa negara Eropah, di mana siput dianggap hidangan istimewa. Siput untuk makanan biasanya dikenali dengan nama Perancis "escargot."

Siput terbaik untuk dijadikan makanan adalah daripada spesies Helix pomatia. Siput taman perang (siput perang Eropah- "European brown snail") juga dikenali sebagai, Helix aspersa. Kedua-dua spesies tergolong dalam Genus Helix.

Siput terdapat dalam pelbagai saiz. Siput darat terbesar ialah siput Gergasi Afrika (Achatina fulica), yang bersaiz sehingga 30 cm. Pomacea maculata (Ampullariidae), atau siput Epal Gergasi merupakan siput air tawar terbesar, dengan saiz bergaris pusat sehingga 15 cm dan seberat 600 gram. Siput yang terbesar ialah Syrinx aruanus, siput air masin yang terdapat di Australia. Cangkerang yang sebesar 1 meter pernah dilaporkan.

Anatomi dalaman sunting

 
The anatomy of a common snail
 
Garden Snail, Helix aspersa defecating

Seekor siput memecahkan makanannya menggunakan radula, iaitu satu struktur berkitin yang mengandungi pencangkuk adihalus dipanggil cuticulae. Dengannya siput akan mengisar makanan, yang akan dihantar ke saluran penghadaman. Inilah sebabnya, kenapa seekor siput darat besar boleh didengari 'mengunyah' makanannya: kerana radula mengoyak apa yang ia sedang makan.

Ganglion serebrum itu bagi bentuk siput satu otak primitif dibahagikan kepada empat bahagian. Struktur ini amat lebih mudah daripada otak mamalia, reptilia dan burung, walau bagaimanapun, siput mampu memahami perkaitan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Christie Sahley, Alan Gelperin, and Jerry W. Rudy (January 1, 1982). "One-Trial Associative Learning Modifies Food Odor Preferences of a Terrestrial Mollusc". Proceedings of the National Academy of Sciences. National Academy of Sciences. 78 (1): 640–642. doi:10.1073/pnas.78.1.640. PMID 16592960.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting

Galeri sunting