Semut (Jawi: سموت) ialah sejenis serangga sosial dalam keluarga Formicidae, dan tergolong bersama penyengat dan lebah dalam order Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas kemunculan tumbuhan berbunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies.[2][3] Semut mudah dikenalpasti dari antena yang menyinggung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Semut
Julat zaman: 100–0 Ma[1]
Albia Lewat – kini
Meat eater ant feeding on honey02.jpg
Seekor semut daging memakan madu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Formicidae

Latreille, 1809
Subfamili

Lebih 13,800 daripada 22,000 spesies yang telah dianggarkan telah dikelaskan. Ia boleh ditemui di semua daratan seluruh dunia kecuali Antartika dan beberapa pulau terpencil, ia hidup biak dalam kebanyakan ekosistem dan membentuk 15–25% biojisim haiwan darat.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina subur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.[4]

RujukanSunting

  1. ^ Moreau CS, Bell CD, Vila R, Archibald SB, Pierce NE (April 2006). "Phylogeny of the ants: diversification in the age of angiosperms". Science. 312 (5770): 101–4. Bibcode:2006Sci...312..101M. doi:10.1126/science.1124891. PMID 16601190. S2CID 20729380.
  2. ^ "Hymenoptera name server. Formicidae species count". Ohio State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2008. Dicapai pada 12 April 2009.
  3. ^ Agosti D; Johnson; N F (2003). La nueva taxonomía de hormigas. Pages 45-48 in Fernández, F. Introducción a las hormigas de la región neotropical (PDF). Instituto Humboldt, Bogotá.
  4. ^ Oster GF, Wilson EO (1978). Caste and ecology in the social insects. Princeton University Press, Princeton. m/s. 21–22. ISBN 0691023611.

Pautan luarSunting