Siri Modenas CT merupakan satu siri motosikal kapcai keluaran syarikat pengeluar motosikal Malaysia, Modenas. Modenas CT mula dilancarkan pada tahun 2009 sebagai pengganti sah kepada siri Modenas Kriss yang popular. Sebelum CT dibagunkan, terdapat juga satu model kapcai lain iaitu Modenas Kristar yang dikeluarkan pada tahun 2004 tetapi pengeluaran dihentikan dua tahun kemudian kerana kurang mendapat sambutan. Enjin-enjin 100 cc dan 110 cc yang dibawa daripada siri Kriss tidak berubah, tetapi dengan penambahan mekanisme penyahmampatan pada model 110 cc supaya ia mudah dihidupkan.[4]

Siri Modenas CT
Modenas CT100
Juga dikenaliModenas Kriss 125i EFI (Greece)
Modenas 118EFI (model suntikan bahan api Malaysia)
Pengeluaran2009-sekarang
PendahuluModenas Kriss
Modenas Kristar
KelasKapcai
Enjin100-120cc SOHC 2 injap 4 lejang sejukan udara
1.0 kW BLDC (CTric)
Kuasa5.76 kW (7.83 PS) @ 8,000 rpm (model pancitan bahan api 120 cc)
[1]
6.6 kW (9.0 PS) @ 8,500 rpm (model 110 cc)
5.0 kW (6.8 PS) @ 7,500 rpm (model 100 cc)[2]
3.6 kW (4.9 PS) @ 80 km/j; diratifikasikan sebagai 1.0 kW (CTric)[3]
Tork8.4 N·m (6.2 lb·ft) @ 4,000 rpm (model pancitan bahan api 120 cc)[1]
9.3 N·m ([convert: unknown unit]) @ 4,000 rpm (model 110 cc)
6.7 N·m ([convert: unknown unit]) @ 5,500 rpm (model 100 cc)[2]
Transmisi4 kelajuan (model lain)
Satu kelajuan (CTric)
SuspensiHadapan: Fork teleskopik
Belakang: Lengan ayun
BrekHadapan: Cakera (model lain); Gelendong (model 100 cc)
Belakang: Gelendong
Muatan bahan api4.3 l (model suntikan bahan api)[1]
5.3 l (varian lain)
BerkaitanModenas Kriss
Modenas GT128

Pada tahun 2011, satu versi elektrik bagi CT yang dikenali sebagai Modenas CTric dilancarkan, menjadikan CTric sebagai motosikal elektrik penuh pertama dijual di Malaysia.[5]

Pada tahun 2013, versi suntikan bahan api bagi dilancarkan di Greece sebagai Modenas Kriss 125i EFI.[6] Model suntikan bahan api tersebut kemudiannya dilancarkan bagi pasaran domestik Malaysia sebagai Modenas 118EFI.[7]

Sejarah model

sunting

CT mula tampil pada 23 Oktober 2009 bagi model 110 cc.[4] Ia menampilkan rekaan serba baharu yang dibangunkan sendiri oleh Modenas, kecuali enjin AN110 yang dibangunkan oleh Kawasaki. Beberapa bulan kemudian, model 100 cc turut menyusul pada 13 Februari 2010,[8] dengan enjin MB100 yang sama seperti pada Kriss 100. Kedua-dua model mempunyai tangki minyak bersaiz 5.3 liter, yang didakwa oleh Modenas sebagai yang terbesar berbanding motosikal kapcai lain, sebelum dipintas oleh Honda Future 125 2012.[4]

Modenas CTric (2011-sekarang)

sunting

Pada tahun 2010, Modenas membangunkan sebuah model motosikal elektrik hasil kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia. Menurut Modenas, CTric merupakan motosikal elektrik buatan Malaysia pertama yang melepasi piawaian SIRIM MS2413 terkini untuk motosikal elektrik di samping piawaian JIS.[9]

Motosikal elektrik ini digerakkan oleh motor elektrik DC tanpa berus, menghasilkan kuasa kemuncak 3.6 kW pada kelajuan 80 km/j,[3] walaupun diratifikasikan sebagai 1.0 kW. Kuasa dibekalkan oleh lima biji bateri nano-gel 12 volt yang mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 60V, 20Ah.[3] Motosikal ini boleh dicas semula menggunakan plag BS 1363 240V, 13A biasa, dengan masa mengecas selama 3.5 jam (cas pantas) atau 8 jam (cas perlahan). Sebaik ia dicas penuh, banjaran perjalanan CTric adalah antara 30-50 km.

Prestasi CTric adalah setanding dengan motosikal kapcai 90 cc biasa, dengan kelajuan maksimum lebih kurang 70-80 km/j.[9]

Modenas 118EFI / Kriss 125i EFI (2013-sekarang)

sunting
 
Modenas 118EFI dengan sistem suntikan bahan api.

Pada 22 Mac 2013, Modenas melancarkan versi suntikan bahan api bagi CT di Greece sebagai Modenas Kriss 125i EFI. Kriss 125i menggunakan enjin 120cc yang digandingkan dengan sistem suntikan bahan api dengan pengesan lambda yang dibekalkan oleh Synerject.[6] Model yang sama kemudian dilancarkan dalam pasaran tempatan sebagai Modenas 118EFI semasa DRB-Hicom Autofest di Pulau Pinang pada 30 Julai 2013.[7] Varian suntikan bahan api tersebut menggunakan enjin 120 cc yang dibawa dari Kriss 120 dan Ace 115 tetapi dengan keluaran kuasa yang lebih rendah sedikit.[10] 118EFI dijual di Malaysia dengan harga RM4,755.00.[7]

Penganugerahan

sunting
  • 2011 Malaysia Good Design Mark - Kategori Kawasan Awam dan Pengangkutan (bersama-sama Modenas GT128)[11]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Risalah rasmi Modenas 118EFI - dari laman web rasmi Modenas.
  2. ^ a b Risalah rasmi Siri Modenas CT - dari laman web rasmi Modenas.
  3. ^ a b c Risalah rasmi Modenas CTric - dari laman web rasmi Modenas.
  4. ^ a b c "Modenas CT110 Ganti Kriss (Melayu)". Roda-Roda. Bayu Enterprise (December 2009): 12. 2009. ISSN 0127-9149.
  5. ^ "CTric Motosikal Elektrik Pertama Dari Modenas (Melayu)". Roda-Roda. Bayu Enterprise (Julai 2011): 18. 2011. ISSN 0127-9149.
  6. ^ a b "Νέο MODENAS KRISS 125 EFI - Τι άλλο να ζητήσεις από ένα παπί;" (dalam bahasa Greek). Dicapai pada 25 March 2013.
  7. ^ a b c "MODENAS sasar jual 7,000 unit model 118EFI setiap bulan". Berita Harian (dalam bahasa Malay). Bernama. 1 Julai 2013. Dicapai pada 1 Julai 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Modenas CT100 Meneruskan Kejayaan Modenas (Melayu)". Roda-Roda. Bayu Enterprise (March 2010): 34–35. 2010. ISSN 0127-9149.
  9. ^ a b Modenas CTric Launch Press Release
  10. ^ "Kapcai pancitan bahan api sulung Modenas sudah dilancarkan di pasaran domestik, dan namanya ialah Modenas 118EFI...!!!". Blog Jalan Raya Malaysia. 30 Julai 2013. Dicapai pada 1 Julai 2013.
  11. ^ 2011 Malaysia Good Design Mark - oleh Majlis Rekabentuk Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2013.

Pautan luar

sunting