Sistem Pengurusan Peperiksaan

Sistem Pengurusan Peperiksaan (SPP) yang lebih dikenali sebagai e-pantau adalah salah satu daripada perisian-perisian yang dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda untuk mempercepatkan keputusan peperiksaan dalam tempoh yang singkat. Tugas guru hanya memasukkan markah-markah ujian dan markah sasaran sahaja, dan proses-proses yang lain semuanya dilaksanakan oleh komputer. Oleh itu, sistem ini telah meringankan beban tugas guru membuat pelbagai analisis setiap kali selesai satu-satu ujian.

Untuk melihat imej besar, sila dwiklik pada imej.

SPP adalah gabungan dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM), dan oleh itu, nama-nama murid tidak perlu dimasukkan dalam SPP. Kedua-dua sistem ini tidaklah asing lagi kepada sekolah-sekolah di negeri Terengganu kerana sistem ini telah digunakan sejak tahun 2001 lagi.

SPP dilengkapi dengan Sistem Auditan Berteraskan OTI yang mana setiap murid diproses oleh komputer markah TOV-nya dan unjuran OTI-nya. Setiap kali selesai ujian, markah yang diperolehi murid dibanding dengan markah OTI yang telah ditetapkan. Jika berlaku defisit, auditan akan dilakukan untuk mengesan kelemahan supaya tindakan sesuai diambil untuk membuat pembetulan. Proses ini berlangsung dari satu ujian ke satu ujian sehingga ke ujian terakhir, sama ada peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam.

Pautan luar sunting