Sistem liga bola sepak Inggeris

Sistem liga bola sepak Inggeris atau Liga Inggeris merupakan satu siri kejohanan liga bola sepak peringkat kelab di England (walaupun disebabkan faktor sejarah terdapat juga sebilangan kecil kelab dari Wales). Penyelenggaraan Liga Inggeris dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak England (The FA). Sistem ini mempunyai format tatatingkat dengan kenaikan dan penurunan antara liga yang berlainan peringkat, dan membolehkan kelab terkecil sekalipun berangan naik ke liga teratas dalam sistem. Terdapat lebih dari 140 liga yang terdiri dari lebih 480 divisyen.[1] Jumlah sebenar kelab dalam sistem liga ini berubah setiap tahun kerana ada sahaja kelab yang menyertai atau meninggalkan liga, atau terbubar terus, tetapi puratanya terdapat 15 kelab untuk setiap divisyen, bererti terdapat lebih 7,000 kelab yang merupakan ahli sistem liga bola sepak Inggeris.

Struktur sunting

Kesemua 92 kelab dalam Tahap 1 hingga 4 merupakan kelab profesional.

Tahap 5 dan 6 memiliki campuran kelab profesional dan semi-profesional.

Tahap 7 dan 8 memiliki campuran kelab semi-profesional dan amatur.

Kesemua kelab di Tahap 9 dan ke bawah merupakan kelab amatur.

Piala sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "thePyramid.info: Statistics". 2006-11-07. Dicapai pada 2007-01-19.

Pautan luar sunting


Templat:Football in England table cells