Sistem senjata rapat

Sistem senjata rapat (Close-In weapon System atau CIWS /ˈswɪz/ SEE-wiz),[1] adalah sejenis sistem senjata pertahanan titik untuk mengesan dan memusnahkan peluru berpandu jarak dekat dan pesawat musuh yang datang menghampiri; yang mana berjaya menembusi payung pertahanan luar. Ia biasanya dipasang di atas kapal perang tentera laut. Hampir kesemua kelas kapal perang moden bersaiz besar dilengkapi dengan beberapa jenis peralatan CIWS.

Phalax CIWS
Goalkeeper CIWS

Terdapat dua jenis sistem CIWS iaitu sistem berasaskan meriam yang biasanya terdiri daripada sebuah kombinasi radar, komputer, dan meriam berbilang laras, tembakan pantas yang berputar yang ditempatkan di atas perumah meriam berpusing. Manakala sistem berasaskan peluru berpandu pula menggunakan panduan terminal infra-merah, radar pasif/ESM atau radar semi-aktif ke sasaran pesawat musuh atau ancaman-ancaman lain. Dalam beberapa kes, CIWS juga digunakan di atas darat untuk melindungi pangkalan tentera. Dalam kes ini, CIWS juga boleh melindungi pangkalan daripada tembakan meriam dan roket.

Sistem meriamSunting

Sebuah CIWS berasaskan meriam biasanya terdiri daripada satu kombinasi radar, komputer dan meriam berputar atau berpusing yang dipasang pada sebuah platform meriam berputar dan boleh menenang secara automatik. Antara contoh produk-produk CIWS berasaskan meriam yang masih digunakan adalah:

Had-had sistem meriamSunting

  • Jarak dekat : jarak maksimum berkesan bagi meriam 20 mm (0.79 in) adalah sekitar 4,500 meter (14,800 ka); sistem dengan peluru yang lebih ringan biasanya mempunyai jarak yang lebih pendek. Jarak membunuh dalam dunia nyata untuk memusnahkan sebuah peluru berpandu yang mendatang adalah 500 m (1,600 ka) atau kurang,[4] masih lagi dikira dekat dan mampu merosakkan sistem penderia atau komunikasi kapal, atau mencederakan atau membunuh anak kapal. Oleh itu, beberapa CIWS (seperti sistem Kashtan atau Pantsir buatan Rusia) dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat di platform yang sama untuk meningkatkan fleksibiliti taktikal.
  • Kemungkinan membunuh terhad: walaupun peluru berpandu berjaya ditembak dan mengalami kerosakan, ia mungkin tidak cukup untuk memusnahkannya atau mengganggu penerbangannya bagi menghalang peluru berpandu, atau serpihannya, daripada menghentam sasaran, terutamanya jika jarak pemintasannya terlalu dekat. Kemungkinan ini adalah benar jika tembakan meriam hanya menggunakan peluru tenaga kinetik.[5]

Jadual perbandinganSunting

Perbandingan
  Type 730 CIWS[6]   Kashtan CIWS[petikan diperlukan]   Phalanx CIWS[7]   Goalkeeper CIWS   DARDO[8]   Millennium[9]
Berat 9,800 kg (21,600 lb) 15,500 kg (34,200 lb) 6,200 kg (13,700 lb) 9,902 kg (21,830 lb) 5,500 kg (12,100 lb) 3,300 kg (7,300 lb)
Persenjataan 30 mm (1.2 in) - meriam Gatling berlaras 7 30 mm (1.2 in) - meriam Gatling GSh-6-30 berlaras 6

8 × 9M311K + 32 buah peluru berpandu

Kashtan-M:

20 mm (0.79 in) - meriam Gatling M61 Vulcan berlaras 6 30 mm (1.2 in) - meriam Gatling GAU-8 berlaras 7 40 mm (1.6 in) - meriam Bofors 40 mm berlaras 2 35 mm (1.4 in) - Oerlikon Millennium 35 mm Naval Revolver Gun System berlaras 1
Kadar tembakan 7,000 butir per minit 10,000 butir per minit (5,000 per meriam)

1–2 (salvo) peluru berpandu per 3–4 saat

4,500 butir per minit 4,200 butir per minit 600/900 butir per minit 200/1000 butir per minit
Jarak (berkesan/ trajektori datar) 3,000 m (9,800 ka) Dengan peluru berpandu:

Kashtan-M:

1,500–10,000 m (4,900–32,800 kaki)

Dengan meriam:

Kashtan-M:

300–5,000 m (980–16,400 kaki)

2,000 m (6,600 ka) 3,600 m (11,800 ka) 4,000 m (13,000 ka) 3,500 m (11,500 ka)
Simpanan peluru 640 atau 2 x 500 butir (bergantung pada model) 2 x 2,000 butir 1,550 butir 1,190 butir 736 butir 252 butir
Halaju di muncung 1,100 m (3,600 ka) per saat 960-1100 m/s (3,150-3,610 kaki/s) 1,100 m (3,600 ka) per saat 1,109 m (3,638 ka) per saat 1,000 m (3,300 ka) per saat 1,050 m (3,440 ka) per saat / 1,175 m (3,855 ka) per saat
Ketinggian −25 hingga +85 darjah 3,000m (9,840 kaki) −25 to +85 darjah −25 to +85 darjah −13 to +85 darjah −15 to +85 darjah
Halaju ketinggian 100 darjah per saat 50 darjah per saat 115 darjah per saat 100 darjah per saat 60 darjah per saat 70 darjah per saat
Lintasan 360 ° 360 ° 360 ° 360 ° 360 ° 360 °
Halaju lintasan 100 darjah per saat 70 darjah per saat 115 darjah per saat 100 darjah per saat 90 darjah per saat 120 darjah per saat
Mula digunakan 2007 1989 1980 1980 ? 2003

Pangkalan daratanSunting

CIWS juga ada digunakan di darat dalam bentuk C-RAM.[10] Pada skala yang lebih kecil, sistem perlindungan aktif digunakan pada beberapa kereta kebal (untuk memusnahkan bom lancaran roket atau rocket propelled grenande (RPG), dan beberapa jenis lagi yang masih dalam fasa pembangunan. Sistem Drozd telah digunakan pada kereta kebal milik pasukan Infantri Tentera Laut Soviet pada awal tahun 1980-an, tetapi kemudian digantikan oleh perisai reaktif letupan atau explosive reactive armour (ERA). Sistem-sistem lain yang boleh didapati atau dalam fasa pemabangunan dari Rusia (Arena), Israel (Trophy), Amerika Syarikat (Quick Kill) dan Afrika Selatan-Sweden (LEDS-150).

Sistem laserSunting

Sistem CIWS berasaskan laser juga sedang dikaji. Pada Ogos 2014, sebuah prototaip telah dihantar ke USS Ponce yang berada di Teluk Parsi.[11] Majlis Penyelidikan Teknologi dan Saintifik Turki (Turki: Türkiye Bilimsel ve Teknolojik Araştırma Kurumu, TÜBİTAK) merupakan agensi kedua selepas Amerika Syarikat yang telah membangunkan dan menguji sebuah sistem prototaip High Power Laser CIWS yang mana bertujuan untuk digunakan pada frigat kelas TF-2000 dan sistem pelancaran udara Turki.[12][13][14]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Friedman, Norman (1991). The Naval Institute guide to world naval weapons systems, 1991/92. Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 0870212885. Dicapai pada 13 February 2017.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-23. Dicapai pada 2008-08-16. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-27. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ Wachsberger, Christian; Lucas, Michael; Krstic, Alexander (June 2004), Limitations of Guns as a Defence against Manoeuvring Air Weapons (PDF), DSTO Systems Sciences Laboratory, m/s. 36, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-23, dicapai pada 2019-04-02
  5. ^ Discovery Channel Discovery Channel Science Top 10 Weapon: Fire Power
  6. ^ "偶军航母上的蜂窝制造者是国产11管近防炮,射速可达每分钟1万发......偶早在2009年就知道鸟 - 飞扬军事 - 信息资讯 - 军事主题 - 骑鲸蹈海". 兄弟 (dalam bahasa Chinese). May 18, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2013. Dicapai pada 13 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Templat:Zh-icon
  7. ^ Dan Petty. "The US Navy - Fact File:". Navy.mil. Dicapai pada 2013-05-18.
  8. ^ Tony DiGiulian. "Italy 40 mm/70 (1.57") Breda". Navweaps.com. Dicapai pada 2013-05-18.
  9. ^ Rheinmetall Oerlikon Millennium Gun
  10. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2009-12-02. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  11. ^ U.S. Navy Deploys Its First Laser Weapon in the Persian Gulf - Bloomberg.com, 14 November 2014
  12. ^ Insinna, Valerie (2015-02-14). "turkey-laser-weapon-indigenous-tubitak-test". Defensenews.com. Dicapai pada 2016-12-03.
  13. ^ "Turkey creates laser weapon". Times.am. Dicapai pada 2016-12-03.
  14. ^ "Turkey aims to second US in using laser as military weapon | General | Worldbulletin News". Worldbulletin.net. 2015-01-19. Dicapai pada 2016-12-03.